web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rondaan Udara Bongkar Pencerobohan Nelayan Asing Di Perairan Kelantan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 9:08PM

Syed Nor Adli (dua kanan) menunjukkan ikan yang dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kelantan di 94 dan 97 batu nautika dari Muara Tok Bali di sini, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Rondaan menerusi aset udara, helikopter oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan berjaya membongkar pencerobohan dua bot nelayan Vietnam di perairan Kelantan.

Dua bot berkenaan dikesan sedang merompak hasil laut sebelum berjaya ditahan pada jarak lebih kurang 94 dan 97 batu nautika dari Muara Tok Bali,  masing-masing pada jam 10.38 pagi dan 11.07 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, Op Kuda Laut oleh Kapal Maritim (KM) Tok Bali yang diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd Sopian Mohd Nasir turut berjaya merampas 800 kilogram ikan pelbagai jenis dan 7,000 liter minyak diesel bersama dua bot dengan nilai keseluruhan RM3 juta.

Katanya, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan 11 kru termasuk dua tekong berusia antara 27 hingga 46 tahun.

Seramai 11 nelayan Vietnam termasuk dua tekong yang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kelantan di 94 dan 97 batu nautika dari Muara Tok Bali di sini, semalam.
Seramai 11 nelayan Vietnam termasuk dua tekong yang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kelantan di 94 dan 97 batu nautika dari Muara Tok Bali di sini, semalam.

“Sebelum ditahan, kedua-dua bot cuba melarikan diri menuju ke sempadan negara dan pasukan operasi terpaksa mengejar mereka selama satu jam sebelum berjaya dipintas.

“Hasil pemeriksaan dalam bot menemui hasil tangkapan ikan dan minyak petrol,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Jeti Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika mengiringi kedua-dua bot ke jeti Maritim, salah sebuah bot mengalami kerosakan dan menyebabkan KM Tok Bali mengambil masa hampir 25 jam untuk mengiringi kedua-dua bot dan tiba pada jam 12 tengah hari tadi.  

Katanya, pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot itu tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Kesemua kru juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. 

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 ke atas setiap kru,” katanya.

Syed Nor Adli memberitahu, kesemua 11 tahanan terbabit ditempatkan di dalam bilik tahanan sementara untuk menjalani ujian saringan COVID-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.

Katanya, tangkapan ini adalah yang terbesar untuk tahun ini.

“Setakat Ogos tahun ini, pihak kami telah menahan 13 buah bot nelayan asing Vietnam dengan jumlah 75 tahanan.

“Bagi memastikan pemerkasaan pengoperasian, komuniti maritim terutamanya di perairan Kelantan digesa untuk melaporkan segera sebarang  maklumat berkaitan kehadiran bot  nelayan asing kepada pihak Maritim  Malaysia,” tegasnya.

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat secara rasmi melalui  talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Kelantan di  talian  09-7780070. - Getaran, 18 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad