web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akhirnya Penyu Kembali Ke Terengganu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 2:56PM

Seekor penyu kembali mendarat di Pantai Batu Burok, Terengganu, semalam selepas kali terakhir haiwan itu kelihatan di pantai peranginan itu 16 tahun lepas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Selepas 16 tahun, penyu tidak lagi menangis di Terengganu, apabila reptilia itu mendarat di Pantai Batu Burok di sini, malam tadi untuk bertelur.

Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, haiwan tersebut dilaporkan mendarat di pesisiran pantai, berhampiran Hotel Primula pada jam 7 malam.

“Saiz dan berat penyu itu tidak dapat ditentukan memandangkan ia telah turun ke laut semasa pegawai kami tiba di lokasi.

“Namun berdasarkan pada saiz trek dan jumlah telur, reptilia tersebut dianggarkan berusia antara 15 hingga 18 tahun,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ruzaidi, laporan diterima menyatakan, haiwan itu tidak terlepas dari berdepan gangguan orang awam yang berada berhampiran semasa dalam perjalanan naik ke darat.

“Kita ingin tegaskan bahawa perbuatan mengganggu hidupan berkenaan sama ada ketika naik atau turun semula ke laut adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Seksyen 12B Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 1987).

“Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ruzaidi memberitahu, kesemua 49 butir telur yang dikutip akan dibawa ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di Dungun.

Seorang saksi, Budi Lazim, 33 berkata ketika ditemui Getaran berkata, dia menghubungi pejabat perikanan setempat ketika bertembung dengan haiwan berkenaan sewaktu sedang beriadah.

"Pada mulanya yang melihat penyu itu adalah rakan saya yang sedang berjoging di pantai, tapi kami hanya sekadar memerhati dari jauh kerana takut akan memberi tekanan pada reptilia tersebut.

“Haiwan terbabit turun semula ke laut lebih kurang jam 9 malam,” katanya.

Sementara itu, aktivis pemuliharaan penyu, Rani Awang, 56, yang turut terlibat dalam proses mencari telur penyu semalam tidak menolak kemungkinan bahawa kehadiran haiwan itu selepas sekian lama, didorong oleh penutupan pantai susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan ia sepi daripada kehadiran pengunjung.

"Sudah lama penyu tidak datang ke sini, dan kali akhir ia dilihat adalah pada 2005.

“Mungkin persekitaran pantai yang sunyi menyebabkan haiwan itu akhirnya kembali mendarat di Terengganu,” katanya. – Getaran, 17 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad