web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPN Fasa 3, Sila Melancong Dalam Negeri 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 8:11AM

Pulau Rusukan Besar di Labuan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Orang awam digalakkan untuk melancong dalam negeri bagi merancakkan semula ekonomi sektor pelancongan di sini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Hafiez Daud berkata, aktiviti melancong dalam negeri itu bagaimanapun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, selaras dengan peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 yang sedang berkuatkuasa. 

Hafiez Daud
Hafiez Daud

Menurut Hafiez, antara SOP ditetapkan adalah 50 peratus kapasiti di ruang premis, pemakaian pelitup muka dan perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19. 

" Kebenaran aktiviti pelancongan itu hanyalah di tempat yang diwartakan oleh kerajaan sebagai tempat pelancongan seperti di Pulau Rusukan Besar di sini. 

" Saya menyeru kepada warga Labuan untuk memeriahkan semua taman atau pusat pelancongan yang diwartakan oleh kerajaan," katanya kepada Getaran di sini.. 

Bagaimanapun, beliau berkata kebenaran aktiviti pelancongan itu tidak diguna pakai di kawasan-kawasan awam. 

" Berdasarkan garis panduan SOP, aktiviti pelancongan, riadah dan berkelah hanya dibenarkan di premis atau pusat pelancongan sahaja," katanya. - Getaran, 16 Ogos 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad