web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awas Jika Tipu Sijil Vaksin, KKM Bagi Amaran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 2:37PM

Bahagian penguatkuasaan KKM akan memantau dan memeriksa ketulenan sijil vaksinasi. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memalsukan sijil digital vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata perbuatan penipuan tersebut dipandang serius bahagian penguatkuasaan KKM dan pihak berkuasa lain, yang pastinya akan bertindak bagi membendung perbuatan tidak bermoral itu.

“Menipu adalah perbuatan yang keji dan sepatutnya kita kena jujur dalam urusan sebab itulah timbul macam-macam penipuan termasuk penipuan sijil digital MySejahtera yang dicetak.

“Kita akan siasat. Pastinya bahagian penguatkuasaan KKM akan lebih berhati-hati dalam memastikan dan memeriksa ketulenan sijil vaksinasi,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat vaksinasi untuk warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al-Baqir di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat yang mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan kelonggaran syarat prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri dan daerah seperti mengemukakan sijil vaksin yang palsu.

Menurutnya, isu penipuan berkaitan sijil vaksinasi ini akan dibawa dalam mesyuarat khas KKM dalam masa terdekat bagi membincangkan kaedah bersesuaian dalam mengelakkan ia berlaku sewenang-wenangnya dan berleluasa di seluruh negara. 

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan kekurangan penerima vaksin di Perak, Dr Noor Azmi menafikan dakwaan itu kerana setakat 8 Ogos, sebanyak 34.4 peratus telah menerima suntikan dos pertama membabitkan 864,249 orang dan 21.9 peratus iaitu 549,262 orang pula telah mendapat dos kedua.

Beliau berkata untuk daerah Kerian sahaja seramai 57,841 orang (29.8 peratus) disuntik dos pertama dan 40,716 orang (21.0 peratus) bagi dos kedua.

Dilapor, Perak antara beberapa negeri yang agak perlahan dalam proses vaksinasi walaupun bekalan vaksin telah diterima dalam kuantiti yang banyak sebelum ini.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 1,500 guru, pekerja sokongan, penguasaha kantin dan pemandu bas menerima suntikan vaksin sebagai persediaan sebelum sesi persekolahan yang akan dibuka secara berperingkat September ini.

"Suntikan untuk guru dan warga sekolah sangat penting bagi mengelakkan risiko penularan pandemik COVID-19 kepada anak-anak yang akan kembali ke sekolah. Ketika ini anak-anak tidak diberikan vaksin, kita hanya bagi vaksin kepada pelajar berumur 18 tahun ke atas yang akan menduduki peperiksaan,” katanya.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pada 17 Julai lepas memaklumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 Sept. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 57 minit yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad