web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tersilap Suntik Dos Kedua, JKN Kedah Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 7:35AM

Seorang wanita berusia 58 tahun telah disuntik dengan vaksin Sinovac untuk dos kedua sedangkan beliau menerima vaksin Pfizer untuk dos pertama. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Kesilapan jururawat yang tidak memeriksa kad suntikan vaksin sebelum menyempurnakan tugasan itu, menyebabkan seorang wanita berusia 58 tahun disuntik dengan vaksin Sinovac untuk dos keduanya pada 5 Ogos lalu, setelah dia terlebih dulu menerima Pfizer untuk dos pertamanya sebelum ini. 

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Othman Warijo berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.25 pagi di Bilik Suntikan 1, Dewan Al Hana dekat sini.

Menurutnya, kesilapan tersebut disedari oleh petugas lain yang terus memaklumkan kejadian itu kepada penyelia serta pengurus pusat pemberian vaksin (PPV) tersebut. 

"Siasatan mendapati pada hari kejadian terdapat lebih daripada satu vaksin digunakan di situ iaitu 1,043 suntikan dos pertama pfizer, 141 dos kedua Sinovac dan 223 dos kedua Pfizer. 

"Pengasingan laluan bagi setiap penerima suntikan tersebut telah dilakukan supaya tidak berlaku kesilapan dengan garis panduan pengendalian vaksin, sentiasa diberi perhatian oleh penyelia jururawat sebelum bermulanya sesi imunisasi setiap hari," katanya di sini.

Kesilapan bagaimanapun jelas Othman didapati berlaku, apabila jururawat terbabit tidak memeriksa kad suntikan vaksin sebelum membuat suntikan.

"Jururawat itu juga mengakui kesilapan dilakukan dan memohon maaf secara peribadi kepada penerima vaksin tersebut, menyebabkan dia diberi teguran oleh pihak atasan, serta menjalani kaunseling sebelum direhatkan pada hari kejadian.

Susulan itu katanya, jururawat tersebut diberi teguran dan kaunseling selain direhatkan dari tugasan pada hari berkenaan. 

"Sebaik menyedari kesilapan itu, penerima vaksin tersebut telah dirujuk kepada pegawai perubatan untuk sesi kaunseling dengan kesan sampingan vaksin yang biasa berlaku, dijelaskan kepadanya. 

"Penerima vaksin itu menerima baik penerangan diberikan dan memaafkan jururawat terbabit," katanya. 

Othman memberitahu, pemantauan telah dibuat terhadap individu berkenaan sebelum dibenarkan pulang. 

"Wanita itu juga dinasihatkan untuk menghubungi pegawai perubatan bertugas atau hadir ke klinik kesihatan berdekatan jika berlaku kesan sampingan," katanya. 

Beliau dalam pada itu menjelaskan, penggunaan dos campuran sememangnya telah diamalkan kepada penerima yang mengalami alahan dengan vaksin jenis Pfizer pada suntikan pertama mereka, di negara ini. 

"Tiada isu keselamatan timbul apabila vaksin Sinovac diberi sebagai dos kedua kepada individu yang mengalami alahan selepas menerima dos pertama Pfizer. Malah dos campuran juga telah diamalkan di beberapa negara lain. 

"Begitu pun dasar sedia ada di negara ini belum membenarkan percampuran jenis vaksin bagi penerima biasa," katanya. 

Katanya, JKN prihatin dengan kejadian itu serta memohon maaf kepada keluarga penerima vaksin tersebut. 

"Bagi memastikan kesilapan tidak berulang, pematuhan garis panduan pengendalian vaksinasi akan lebih ditekankan kepada petugas-petugas di PPV dan perkara itu akan sentiasa dipantau penyelia atau pengurus PPV," katanya. - Getaran 10 Ogos 2021.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 58 minit yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad