web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Ajak Rakyat Lakukan Hijrah Hadapi COVID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 9:52PM

Seri Paduka menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit bersama-sama untuk mengukuhkan perpaduan, menjaga kesihatan, mematuhi SOP yang ditetapkan demi negara tercinta dalam mendepani pandemik COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak seluruh rakyat Malaysia bersempena tahun baharu Hijrah untuk melakukan hijrah dalam mendepani pandemik COVID-19.

Dalam titah baginda sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2021/1443 hari ini, Seri Paduka mengajak seluruh rakyat Malaysia bekerjasama dengan mematuhi Pelan Pemulihan Negara yang merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik itu.

Pada sambutan yang diadakan secara hibrid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Al-Sultan Abdullah bertitah peristiwa hijrah telah memberi panduan yang jelas tentang erti sebuah pengorbanan dan kejayaan yang terpahat dalam lipatan sejarah.

Bersempena dengan tema sambutan ‘Manhaj Rabbani Umat Berkualiti,’ Seri Paduka menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit bersama-sama untuk mengukuhkan perpaduan, menjaga kesihatan, mematuhi SOP yang ditetapkan demi negara tercinta.

“Beta berkeyakinan negara pasti akan berjaya keluar dari apa juga kemelut yang melanda jika semua terus berpadu tenaga dan mengamalkan sifat-sifat terpuji Baginda Nabi Muhammad SAW," titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah antara sifat mulia Nabi Muhammad yang wajar diikuti ialah bersifat benar dalam semua perkataan dan perbuatan, bersifat jujur, dipercayai dan juga bijaksana dalam menyampaikan dakwah.

Menghalusi sirah Nabi Muhammad, jelas membuktikan Baginda sebagai seorang pemimpin yang beretika tinggi dengan akhlak yang mulia merangkumi sifat-sifat integriti, kejujuran dan amanah dan ia begitu sebati sehingga Baginda diberi gelaran ‘Al-Amin.’

Dalam aspek pentadbiran dan pembuatan keputusan, Nabi Muhammad mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa mendengar buah fikiran ramai menerusi konsep ‘syura.’

“Kerana itu Baginda sentiasa membuka ruang yang seluas-luasnya untuk bermesyuarat, berbincang dan mendengar pandangan dalam setiap perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan kemaslahatan ummah,” titah Seri Paduka.

Sifat diri Nabi Muhammad turut meliputi sifat tawaduk dan sentiasa mengagungkan kehebatan Allah SWT, yang menjadikan Baginda seorang pemimpin yang tidak terpengaruh dengan sifat tamak yang boleh mengundang gejala rasuah, tipu muslihat dan sifat mementingkan diri sendiri dengan kebesaran dunia seperti pangkat, harta dan kedudukan. 

Titah Seri Paduka, Nabi Muhammad turut berusaha menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan semua itu bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang boleh merangsang sebuah pentadbiran negara yang beretika dengan nilai-nilai yang murni.

“Ciri-Ciri kepimpinan ini telah berjaya membentuk sebuah negara Islam yang dijulang tinggi dan disegani. Nabi Muhammad SAW adalah merupakan sebaik-baik ‘role model’ untuk diteladani dan diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka. 

Al-Sultan Abdullah bertitah hijrah dan pembinaan negara saling berkait rapat antara satu dengan yang lain.

"Sesungguhnya menghayati hijrah bukan sahaja berupaya membentuk akhlak yang mulia malahan ia turut berupaya dijadikan asas pembentukan sebuah negara," titah Seri Paduka. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad