web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Musnah Bom Perang Dunia Kedua Selesai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 8:23PM

Kenderaan PDRM menjalankan pemantauan di kawasan ladang kelapa sawit FELDA Triang 1, Bera, sebelum operasi memusnahkan bom Perang Dunia Kedua dijalankan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kebimbangan kira-kira 500 warga peneroka FELDA Triang 1, dekat Bera, ekoran penemuan dua bom dipercayai peninggalan era Perang Dunia Kedua pada awal minggu lalu, berakhir hari ini, selepas bom itu dimusnahkan melalui operasi berskala besar membabitkan Unit Pemusnah Bom dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Bom dianggarkan seberat 226 kilogram itu ditemui peneroka FELDA berkenaan pada hari Isnin dan Selasa lalu, sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Triang.

Semua peneroka FELDA terlibat sudah mula dipindahkan dari lokasi penemuan bom terbabit sejak petang semalam dan mereka ditempatkan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bera bagi tujuan keselamatan.

Penolong Pengarah Unit Senjata Bukit Aman (Kimia,Biologi, Radiologi, Nuklear dan Letupan), Asisten Komisioner (ACP) Mohammad Rafee Abu Bakar yang mengetuai operasi itu berkata, ia disertai 30 pegawai dan anggota.

“Kita percaya bom ini adalah dari zaman Perang Dunia Kedua dan berkemungkinan dijatuhkan pesawat tentera Inggeris.

“Kami membina hadangan menggunakan beg pasir setinggi 12 meter serta menggali parit di sekitar lokasi penemuan bom itu sebagai langkah berjaga-jaga, bagi mengelak serpihan terbang ke udara hingga membahayakan penduduk dan mengakibatkan kerosakan harta benda,” katanya.

Rafee berkata, operasi meletupkan bom pertama dilakukan jam 11.15 pagi tadi, manakala satu lagi bom sudah dimusnahkan Unit Pemusnah Bom IPK Pahang, semalam. 

Penduduk di Felda Triang 1 telah dipindahkan ke MRSM Bera bagi tujuan keselamatan susulan penemuan 2 bom peninggalan perang.
Penduduk di Felda Triang 1 telah dipindahkan ke MRSM Bera bagi tujuan keselamatan susulan penemuan 2 bom peninggalan perang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan (DSP) Mansor Samsudin berkata, penduduk di FELDA Triang 1 yang ditempatkan di MRSM Bera bagi memberi laluan kepada operasi tersebut sudah mula dibenarkan kembali ke rumah masing-masing secara berperingkat, bermula tengah hari tadi.

“Berdasarkan rekod kami, terdapat 123 keluarga menetap di FELDA berkenaan dan mereka sudah dibenarkan pulang ke kediaman mereka secara berperingkat, sebaik sahaja operasi selesai.

“Kita juga mendapat kerjasama baik daripada penduduk dan mereka mengalihkan semua kenderaan ke lokasi lebih selamat apabila dimaklumkan mengenai operasi memusnahkan bom akan dilakukan semalam dan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, ketua kampung FELDA Triang 1, Mohd Jidi Yaakob berkata, walaupun penemuan bom lama adalah perkara biasa di kawasan penempatan mereka, ini adalah kali pertama penduduk diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing selepas pihak berkuasa memaklumkan operasi memusnahkan bom kali ini agak berisiko tinggi.

"Sejak tahun 1992, kami sudah menjumpai kira-kira 22 unit bahan letupan dan yang kita tengok (temui) awal minggu ini adalah paling besar, ukurannya hampir sama dengan tong gas memasak,” katanya.

Kedua bom itu ditemui secara berasingan oleh peneroka FELDA terbabit pada 2 dan 3 Ogos lalu.

Bom pertama iaitu dari kategori bom udara ditemui kira-kira jam 3.30 petang pada 2 Ogos oleh seorang peneroka yang membersihkan tanah di belakang rumahnya, manakala bom kedua pula ditemui pada hari berikutnya di ladang kelapa sawit sekitar jam 3.15 petang. - Getaran, 6 Ogos 2021
 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad