web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM, Segera Letak Jawatan Dan Mohon Maaf - WADAH Pahang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 7:23AM

Kerajaan pimpinan Muhyiddin mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat tanpa memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua barisan Kabinet perlu mengemukakan permohonan maaf terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan meletakkan jawatan dengan kadar segera.

Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Isnin lalu tanpa memperoleh perkenan Al-Sultan Abdullah adalah sangat mendukacitakan serta tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang mengamalkan konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Pahang, Asaari @ Kamaluddin Yatim berkata, kegagalan kerajaan mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong agar cadangan pembatalan Ordinan Darurat itu dibentangkan dan dibahaskan pada sesi sidang Parlimen adalah satu bentuk penderhakaan yang jelas melanggar prinsip Rukun Negara. 

“Sepatutnya mereka (kerajaan PN) melaksanakan seperti dititahkan Al-Sultan Abdullah dengan membentangkan cadangan memansuhkan ordinan itu dan dibahaskan sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. 

“Sudahlah mereka gagal mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, tambah mengecewakan lagi apabila mereka memberikan kenyataan tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat,” katanya di sini. 

Menurut beliau, tindakan itu membawa kesan besar terhadap Perlembagaan Persekutuan dan memberi impak negatif terhadap baginda.

Asaari menegaskan, Muhyiddin dan barisan Kabinet perlu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong, semua ahli Dewan Rakyat dan seluruh rakyat berikutan sikap tidak bertanggungjawab itu. 

Katanya, perbuatan itu secara tidak langsung mencerminkan kecacatan dan kelemahan tampuk pemerintahan negara ketika ini, di bawah pimpinan Muhyiddin. 

“Kami berharap semua pihak dapat menghormati mandat semua penduduk sebagaimana yang diterjemahkan melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan hak rakyat perlu dikembalikan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Malaysia memerlukan sebuah kerajaan diterajui kepimpinan dengan mempunyai hala tuju jelas, demi membawa negara ini keluar daripada belenggu pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi yang sedang menekan rakyat ketika ini,” katanya. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Luar Negara 3 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

3

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

4

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad