Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuba Seludup 2 Spesies Burung Murai, 2 Lelaki Tempatan Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 8:22PM

2 suspek ditahan bersama barang rampasan dalam Ops Benteng COVID oleh PPM Wilayah Dua, di Senggarang. - Gambar ihsan PPM Wilyah Dua Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Polis berjaya mematahkan cubaan dua lelaki tempatan menyeludup keluar 206 burung murai batu dan 680 murai kampung yang dianggarkan bernilai RM110,300 untuk dihantar ke negara jiran. 

Serbuan menerusi Ops Benteng Covid itu dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, Tampoi dan Balai Polis Senggarang kira-kira jam 3.40 petang semalam itu.

Terdahulu, pihak berkuasa berjaya mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan tepi laut Parit Botak di sini.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner (ACP) Muhd Zailani Abdullah berkata, pemandu kenderaan itu bertindak memecut kenderaannya hingga ke kawasan Ladang Sawit Kampung Baharu, dekat Senggarang sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

"Pasukan serbuan kemudian meluaskan kawasan pencarian bagi mengesan suspek. 

"Suspek berjaya ditemui dan hasil soal siasat yang dilakukan, dia mengaku bertindak sebagai pengurus penghantaran burung ke negara jiran," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, pasukan serbuan kemudian membawa suspek dan semua barang rampasan ke Balai Polis Senggarang untuk proses dokumentasi.

"Seorang lelaki tempatan turut menyerah diri dan mengaku terlibat secara langsung dalam kegiatan ini sebagai penghantar,  mengunakan van yang dirampas oleh pasukan serbuan," jelasnya. 

Dalam operasi itu, polis turut merampas semua kenderaan digunakan serta menahan kedua-suspek berusia 23 dan 29 tahun itu.

PPM turut merampas sebuah van dalam operasi yang dijalankan itu.
PPM turut merampas sebuah van dalam operasi yang dijalankan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60(2) Akta Hidupan Liar, membabitkan lebih 20 ekor spesies Common Shama (Copsychus malabaricus).

Pada masa sama, Muhd Zailani berkata, Operasi Bersepadu bersama pihak Tugas Am dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam (JKDNKA) serta Polis Johor akan terus ditingkatkan di laluan dan jalan yang dikenal pasti digunakan oleh penyeludup sambilan ini. 

"PPM Wilayah Dua akan sentiasa meningkat dan memperketatkan operasi di perairan negara, terutamanya melibatkan aktiviti penyeludupan oleh penjenayah rentas sempadan, yang dilihat sentiasa mengubah taktik bagi mengelakkan dari dikesan atau ditangkap oleh pihak berkuasa.

"Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan maklumat tentang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang negara kepada PPM Wilayah Dua di talian 07-2372221," katanya. - Getaran, 31 Julai 2021
 

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu