Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Stadlen Pulangkan Lebih RM7 Juta Pada 1MDB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 1:52PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes bekas penasihat media Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri), Paul Stadlen yang menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, ditarik balik selepas beliau bersetuju melepaskan secara rela hati keseluruhan wang berjumlah RM7,192,873.84 kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata wang itu akan dipindahkan ke akaun 1MDB.

Menurutnya berdasarkan persetujuan Jabatan Peguam Negara, satu penyelesaian telah dipersetujui melibatkan Stadlen dan penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang telah dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) membabitkan wang berjumlah RM15 juta. 

"Perkara itu diputuskan setelah mengambil kira bahawa jumlah itu adalah wajar untuk dilucut hak. Sehubungan itu, kes terhadap beliau (Stadlen) ditarik balik.

"Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tindakan kompaun di bawah Seksyen 92 (1) Akta 613 berjumlah RM590,587.26 dikenakan terhadap Mohd Hafarizam setelah mengambil kira serta mempertimbang alasan-alasan yang munasabah, termasuk lanjutan daripada penarikan balik kes terhadap Stadlen. Pertuduhan terhadap Mohd Hafarizam ditarik balik setelah kompaun diselesaikan," menurut SPRM.

Pada 20 Feb 2019, pertuduhan terhadap Stadlen dibuat secara in absentia (tanpa kehadiran) di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram.

Mengikut  pertuduhan pertama, Stadlen didakwa telah mengarahkan pembayaran melalui 27 transaksi membabitkan hasil aktiviti pengubahan haram berjumlah RM8,111,322.43 dari akaun pelanggan firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kepada beberapa individu dan syarikat di antara Jun hingga Disember 2014.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh mengarahkan pembayaran melalui 16 transaksi hasil aktiviti pengubahan haram berjumlah RM6,139,078.34 dari akaun pelanggan firma guaman sama kepada beberapa individu dan syarikat di antara Januari hingga Ogos 2015.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Hari ini, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan Mohd Hafarizam daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, yang didakwa diterima daripada Najib. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Mahkamah Benarkan Rayuan MIA, Kembalikan Aduan Tony Pua Terhadap Juruaudit 1MDB

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan