web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doktor PKRC MAEPS Disiasat, Apa Jadi Dengan 'Tiada Tindakan'?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 9:17AM

Beberapa doktor kontrak di seluruh negara termasuk di ​PKRC MAEPS di Serdang turut terlibat dengan Hartal Doktor Kontrak yang diadakan pada 26 Julai lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketika kerajaan memberi jaminan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas peserta Hartal Doktor Kontrak yang berlangsung dua hari lalu, keadaan sebaliknya berlaku di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS di Serdang awal pagi tadi.

Getaran difahamkan, semua doktor dan jururawat bertugas berdepan soal siasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga awal pagi tadi, walaupun mereka perlu bertugas mengikut jadual ditetapkan.

Peguam Asheeq Ali berkata, tindakan pihak berkuasa yang melakukan soal siasat walaupun sudah lewat malam amat dikesali, di saat semua petugas di PKRC berkenaan dibebani tugas berat menangani pesakit COVID-19.

Menurut beliau, mereka seolah-olah tidak menghiraukan hakikat bahawa kumpulan doktor dan jururawat berkenaan adalah manusia biasa yang memerlukan rehat secukupnya, selepas melaksanakan tugas penuh getir menangani situasi pandemic COVID-19 di negara ini.

Aktivis masyarakat itu menegaskan, soal siasat masih berjalan walaupun ketika jam menginjak 2.05 pagi dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Jam 2.05 pagi dan siasatan masih berjalan. Saya sedang menunggu untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat (IO). Siasatan awal pagi begini langsung tidak masuk akal,” katanya, berang.

Siasatan dilakukan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kehadiran media yang membuat liputan ke atas acara Hartal Doktor Kontrak Isnin lalu.

Ia susulan laporan polis yang dibuat oleh Pengarah PKRC MAEPS, Dr Shahabuddin Ibrahim.

Menurut Asheeq, proses mengambil keterangan bermula pada jam 11.45 malam dan hanya selesai pada 3.50 pagi tadi.

“Ia melibatkan 12 doktor dan sesi soal siasat dikatakan akan bersambung hari ini untuk doktor yang tidak bertugas malam tadi.

“Sisatan berhubung kehadiran media di MAEPS yang dikatakan hadir tanpa kebenaran,” katanya lagi.

Asheeq menegaskan, tindakan pihak berkuasa mengambil keterangan walaupun sudah lewat malam adalah satu intimidasi yang tidak boleh dikompromi.

“Ia amat tidak boleh diterima di waktu mereka bertugas menyelamatkan negara.

“Mereka adalah doktor, bukan penjenayah,” katanya.

Kementerian Kesihatan dalam hal ini jelas beliau, seharusnya tidak boleh membenarkan ia terjadi, apatah lagi Menteri berkaitan, Datuk Seri Dr Adham Baba sendiri sudah memberi jaminan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas mereka.

“Mengambil keterangan ketika mereka sedang bertugas amat tidak boleh diterima.

“Mereka sudah sedia dibebani tugasan yang banyak dan dalam keletihan teramat sangat, tetapi anda masih boleh membenarkan ia berlaku. Memalukan!,” katanya lagi.

Dr. Adham Baba
Dr. Adham Baba

Pada hari kedua Sidang Khas Dewan Rakyat semalam, Dr Adham ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor – PH) memaklumkan, kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas kumpulan doktor kontrak yang menyertai mogok berkenaan di beberapa hospital seluruh negara Isnin lalu.

Menurut beliau, mereka berhak untuk berbuat demikian. – Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad