Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Hukum Peserta Hartal Doktor Kontrak, Jaga Aspek Kebajikan - Kesatuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 8:13AM

Antara doktor-doktor yang menyertai tunjuk perasaan dalam kempen Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di Hospital Sungai Buloh, semalam. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pada Jun lalu, sekumpulan doktor kontrak melancarkan mogok menerusi media sosial bagi menuntut golongan itu diserap ke jawatan tetap dan memperoleh jaminan pekerjaan lebih baik.

Mogok dengan tanda pagar #HartalDoktorKontrak itu juga dilancarkan sebagai menunjukkan sokongan terhadap nasib menimpa kumpulan pegawai perubatan berkenaan.

Ia rentetan daripada pengumuman oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada 23 Jun bahawa kontrak 23,077 petugas barisan hadapan terbabit akan dilanjutkan setahun bermula 5 Disember tahun ini sehingga 4 Disember 2022.

Mereka memberikan kata dua, memenuhi tuntutan diberikan atau berdepan gerakan Hartal Doktor Kontrak di seluruh negara.

Selepas lebih sebulan menunggu tanpa sebarang perkembangan diharapkan, semalam kumpulan berkenaan meneruskan ‘janji’ mereka dengan mengadakan protes di Hospital Putrajaya, Hospital Sungai Buloh (HSB), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Shah Alam (HSA), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan beberapa hospital lain di luar Lembah Klang.

“Mereka mempertaruhkan nyawa dan keluarga dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat, bahkan bekerja secara berterusan lebih 24 jam.”

Meskipun tindakan kumpulan itu dipertikaikan segelintir pihak kerana dianggap mengutamakan kepentingan status jawatan berbanding tanggungjawab terhadap pesakit, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan rasa simpati dan meminta kerajaan mengambil pendekatan terbaik bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Cawangan Selangor berkata, kerajaan perlu memenuhi tanggungjawabnya dalam jangka panjang kepada doktor kontrak dengan memastikan, jaminan kerja dan perlindungan golongan itu diberi keutamaan.

Setiausahanya, Mohd Faisal Husin berkata, kumpulan doktor terbabit sudah memberi layanan terbaik kepada rakyat sebagai barisan hadapan kesihatan, khususnya ketika pandemik COVID-19 selama lebih setahun.

“Mereka mempertaruhkan nyawa dan keluarga dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat, bahkan bekerja secara berterusan lebih 24 jam.

“Kerajaan perlu menghargai jasa serta mendengar keluhan golongan berkenaan, malah tidak adil melabel kumpulan itu sebagai pekerja kontrak,” katanya di sini.

Mohd Faisal berkata, MTUC sememangnya prihatin dengan nasib pesakit yang dijangkiti COVID-19 namun pada sama, kebajikan dan kepentingan barisan doktor berkenaan perlu dipelihara.

Protes itu tegas beliau, jelas menunjukkan bahawa perlindungan sosial kumpulan terbabit dinafikan malah berlaku perlanggaran hak asasi manusia, dan kerajaan seharusnya bertindak lebih awal dalam perkara ini.

“Malaysia tidak memerlukan doktor untuk situasi atau kepentingan tertentu semata-mata, sebaliknya peranan pegawai perubatan itu ditagih setiap hari, jadi kebajikan mereka harus diutamakan.

“Sudah tiba masa untuk kerajaan mengkaji nasib keseluruhan pekerja kontrak kerana menjadi tugas dan tanggungjawab pihak pemerintah yang menjadi tempat rakyat bergantung harapan untuk memelihara perlindungan sosial mereka,” tegasnya.

Pihak berkuasa saran Mohd Faisal, tidak seharusnya mengenakan tindakan keras ke atas doktor terbabit protes, sebaliknya menghormati hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Faisal
Mohd Faisal

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat turut berharap peserta Hartal Doktor Kontrak tidak dikenakan sebarang tindakan dari sudut perundangan atau tatatertib yang boleh memberi kesan terhadap perkhidmatan mereka.

Jelasnya, tindakan kumpulan doktor kontrak itu menganjurkan protes terbabit tidak menjejaskan operasi perkhidmatan kesihatan mereka kerana disertai oleh petugas yang sedang berehat, bercuti atau tamat waktu perkhidmatan.

Adnan berkata, walaupun CUEPACS pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan terbabit kerana banyak pendekatan lain boleh diambil, pihaknya tetap memperjuangkan nasib golongan berkenaan.

“CUEPACS menghormati suara dibawa kumpulan ini yang hanya mahu permasalahan mereka didengari dan diselesaikan kerajaan.

“Justeru, berilah peluang sewajarnya memandangkan perkhidmatan kumpulan tersebut ketika ini amat diperlukan negara yang sedang menghadapi pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, CUEPACS berharap kerajaan dapat menyelesaikan segera permasalahan dihadapi golongan itu berhubung penempatan dan penyerapan jawatan ke status tetap, tanpa meminggirkan keseluruhan sistem dan struktur bidang kesihatan negara.

Pada masa sama, katanya, kerajaan perlu memberikan tempoh masa jelas terhadap usaha yang akan dilakukan melalui pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini mencakupi skop dan fungsi asal petugas memandangkan ketika ini, terdapat percanggahan tugasan, apabila ada antara mereka perlu melaksanakan perkara berkaitan pentadbiran dan kewangan, sedangkan kepakaran golongan itu adalah dalam aspek perubatan serta perkhidmatan kesihatan.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, CUEPACS berharap kerajaan turut membuka ruang untuk pegawai perubatan melanjutkan pengajian dalam bidang kepakaran di mana-mana intitusi diiktiraf.

Dasar sedia ada, katanya, menutup peluang doktor muda untuk menyambung pengajian ke bidang kepakaran jika tidak berkhidmat di sektor kerajaan.

“Disebabkan ini, wujud desakan daripada kumpulan terbabit untuk mereka mendapatkan jawatan tetap bagi tujuan melanjutkan pelajaran,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

CUEPACS Bantah Benarkan Pelajar Asing Bekerja Di Malaysia

2

Semasa 4 bulan yang lalu

CUEPACS Harap KPPA Baharu Beri Keutamaan Segerakan Pelaksanaan Kadar Upah Yang Adil

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sistem Saraan Baharu Bantu Penjawat Awam Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pelajar Cenderung Cederakan Diri, PKHEM Sekolah Didakwa Bersikap Melampau

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Sukan 21 jam yang lalu

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

Semasa 8 jam yang lalu

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

oleh Rafisqi Radhi