web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lanjut Perkhidmatan Doktor Kontrak Cubaan Kerajaan Tutup Mulut 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 5:27PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk melanjutkan perkhidmatan doktor kontrak kepada dua tahun bukan satu penyelesaian terbaik, sebaliknya hanya satu cubaan untuk menutup mulut golongan terbabit.

Kumpulan berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook berkata, mereka memahami dengan jelas bagaimana sistem kerajaan itu beroperasi.

“Tidak ada yang bodoh untuk menerima (tawaran itu). Berhentilah daripada memberikan penyelesaian separuh masak kerana mereka jelas tidak pernah peduli dengan masalah ini.

''Berikan perancangan dan penyelesaian yang jelas untuk masa depan kami. Adakah kita mampu untuk kehilangan lebih ramai petugas sekarang,'' kata hantaran di akaun Hartal Doktor Kontrak itu.

Kumpulan terbabit menegaskan, mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk melancarkan mogok Isnin depan.

Kerajaan semalam bersetuju untuk melanjutkan tempoh lantikan pegawai perubatan kontrak sektor awam selama dua tahun selepas mereka melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkannya berkata, keputusan berkenaan diambil bagi membolehkan perkhidmatan golongan terbabit dapat diteruskan, sekali gus membantu mempersiapkan diri masing-masing sebelum mengikuti pengajian kepakaran.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, peletakan jawatan segelintir pegawai perubatan di Selangor bukan semata-mata disebabkan oleh beban kerja akibat lonjakan kes COVID-19, tetapi turut disumbangkan pelbagai faktor sampingan.

Menurut beliau, ada antara mereka yang hilang minat dalam bidang perubatan dan memilih untuk menukar kerjaya.

“Seperti sekarang, ramai pegawai yang berhenti kerana mahu mendapatkan emolument lebih dengan menyertai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan ada yang mahu berkhidmat di klinik keluarga mereka bagi meneruskan perniagaan keluarga masing-masing.

“Ada yang saya temui bertukar profesyen sebagai jurugambar selepas tidak lagi meminati jurusan perubatan, malah ada yang membuka kedai komputer kerana berupaya menjana pendapatan lumayan,” katanya. – Getaran, 24 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad