web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rina Minta Polis Siasat Segera Aduan Gangguan Seksual Di Sekatan Jalan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 12:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan segera berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan anggota polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya baru-baru.

Rina yang memandang serius dakwaan gangguan seksual yang disiarkan media sejak kebelakangan ini, menyifatkan perbuatan itu tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi jika melibatkan anggota penguat kuasa.

Beliau berkata siasatan segera perlu dilakukan agar mangsa diberikan pembelaan dan pelaku diambil tindakan undang-undang, jika dibuktikan bersalah. 

“Dalam mengendalikan isu ini, saya amat berharap agar semua pihak saling menghormati dan tidak mempersoalkan kredibiliti keseluruhan institusi PDRM yang telah banyak berkorban dalam memastikan keselamatan negara. Usahlah kita menghukum ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan Bukit Aman telah menggantung tugas serta-merta dua anggota polis yang didakwa terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita di dua sekatan jalan raya baru-baru ini, setelah dua wanita berkenaan memuat naik kejadian yang didakwa berlaku ke atas mereka itu ke laman sosial.

Seorang wanita berusia 23 tahun mendakwa dirinya mengalami gangguan seksual ketika melalui sekatan di Jalan Duta, menghala keluar dari Kuala Lumpur pada 7.30 malam, Jumaat lalu, manakala seorang lagi wanita mendakwa seorang anggota polis ingin berkenalan dengannya selepas anggota itu meminta nombor telefon bimbitnya juga ketika melalui sekatan.

Rina berkata kementeriannya akan meneruskan komitmen bagi penggubalan sebuah perundangan khusus berkaitan gangguan seksual yang kini drafnya dalam semakan kerajaan untuk dibentangkan di Parlimen. 

“Perundangan khusus ini amat penting dan bersifat saling melengkapi kepada undang-undang sedia ada agar isu gangguan seksual dapat ditangani dengan lebih berkesan dan mampu melindungi mangsa, tanpa mengira wanita mahupun lelaki,” katanya. 

Beliau juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia, khususnya golongan wanita agar tampil membuat laporan sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk gangguan seksual, sama ada secara lisan, perbuatan atau melalui pelbagai isyarat oleh pelaku. 

Katanya KPWKM sedia membantu dan salurkan aduan melalui Talian Kasih 15999 dan Talian WhatsApp 019-26 15999 yang beroperasi 24 jam. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 44 minit yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad