web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOVAK Gerakkan 25 Bas Bantu Pelaksanaan PICK

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 7:35PM

Halimah (kiri) bersama Sulaiman Md Ali melihat proses vaksinasi di dalam bas menerusi program MOVAK.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Sebanyak 25 bas akan digunakan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) ke seluruh negara bagi membantu melicinkan proses suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kemudahan bas itu disasarkan untuk kegunaan penduduk yang jauh dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta mereka yang tinggal di pinggir bandar, bagi mempercepatkan pembentukan imuniti kelompok.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan adalah tanda sokongan kepada usaha yang dibuat oleh pejabat kesihatan daerah serta Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam usaha mempercepatkan proses pemberian vaksin.

“Aturan pergerakan bas ini juga bukan hanya mengikut kawasan yang dipilih tetapi melalui cadangan daripada pegawai kanan kesihatan daerah, dan bilangan penggerakan juga bergantung kepada bekalan vaksin yang diterima setiap negeri.

“Kita berharap kadar vaksinasi negara dapat ditingkatkan lagi menerusi inisiatif ini memandangkan bekalan vaksin yang akan diterima pada bulan ini mencecah kira- kira 14 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media pada Program Outreach Vaksinasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalannya Datuk Seri Ti Lian Ker, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman.

Menurut beliau, selepas Johor dan Melaka, bas ini akan digerakkan secara berperingkat ke negeri lain termasuk Negeri Sembilan, Terengganu serta Kelantan.

“Selepas dilancarkan pada minggu lalu seramai 2, 991 penerima sudah mendapat vaksin melalui perkhidmatan bas, manakala jumlah keseluruhan menerusi MOVAK pula adalah seramai 35,763 individu.

“Bilangan penerima itu akan terus bertambah apabila bas digerakkan minggu ini ke Kelantan, Terengganu dan jumlah kenderaan itu akan ditambah jika keadaan memerlukan,” katanya. - Getaran, 17 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad