web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Kes Pecah Rumah Turun Semasa PKP - Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 9:04PM

Pelaksanaan PKP menyaksikan kehadiran pasukan keselamatan dan penguatkuasa yang membuat rondaan berkala serta kekerapan yang tinggi di banyak lokasi seluruh negara. - Gambar Sairein Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16,452 kes pecah rumah direkodkan antara 18 Mac 2020 hingga 27 Jun tahun ini menurun 21.2 peratus berbanding 20,875 kes dalam tempoh 469 hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata penuruan itu disebabkan kekerapan rondaan pihak berkuasa di seluruh negara bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP.

"Ia disebabkan kesan pelaksanaan PKP yang menyaksikan kehadiran pasukan keselamatan dan penguatkuasa yang membuat rondaan berkala serta kekerapan yang tinggi di banyak lokasi seluruh negara bagi menjalankan pemantauan SOP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PKP 1.0 dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020 sebelum dilanjutkan sehingga 28 April 2020, diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula 4 Mei 2020.

Katanya antara 18 Mac 2020 hingga 27 Jun tahun ini pula, seramai 5,518 individu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat kes pecah rumah.

Bagaimanapun beliau berkata, kes pecah rumah meningkat sepanjang tempoh PKPB antara 4 Mei 2020 hingga 10 Jun 2020.

"Apabila syarat penguatkuasaan kawalan pergerakan dilonggarkan, jumlah kes pecah rumah yang dicatatkan adalah 1,167 berbanding tempoh sama sebelum PKPB iaitu 1,063 kes, meningkat sebanyak 104 kes atau bersamaan 9.8 peratus," katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon setiap lapisan masyarakat untuk bersama mengekang kejadian jenayah di komuniti masing-masing di samping bekerjasama mencegah penularan wabak COVID-19.

Katanya masyarakat perlu sentiasa memastikan rumah berkunci walaupun berada di rumah serta peka dengan persekitaran kejiranan sekiranya ada individu mencurigakan.

"Berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali yang datang ke rumah untuk sesuatu urusan dan jika mencurigakan, segera hubungi pihak polis," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad