web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelan Pemulihan Negara, Retorik Tidak Berkesudahan Kerajaan PN

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 10:12PM

Banyak pihak mendesak supaya PKP 3.0 yang dilaksanakan ini disertakan sekali dengan pakej bantuan untuk rakyat memandangkan sebahagian rakyat hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika rakyat dibebani dengan kemelut kehidupan akibat pandemik COVID-19, kerajaan dari sisi lain, dilihat masih teraba-raba mencari satu penyelesaian yang holistik dan menyeluruh.

Tidak hairanlah, pengumuman Pelan Pemulihan Negara, oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi hanya dianggap sebagai satu retorik kerajaan, dalam usaha 'menyedapkan' hati rakyat.

Pelan yang diharapkan mampu memberikan sedikit sinar itu pada hakikatnya tak ubah seperti satu pembacaan secara lisan tanpa sebarang pembaharuan.

Sekali lagi, kerajaan menjadi sendaan ramai dan kali ini, tanda pagar (hashtag) #KerajaanBodoh pula trending di media sosial, khususnya Twitter.

Sehingga jam 9.56 malam, #KerajaanBodoh diguna pakai sebanyak 5,952 kali, sekali gus menggambarkan kemarahan dan kekecewaan rakyat.

Ia turut mendapat perhatian beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak ketinggalan menyuarakan pendapat masing-masing.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pelan pemulihan yang diumumkan dalam keadaan terdesak itu bukan tindakan menyeluruh atau dirancang sedari awal.

"Pelan pemulihan awal (sepatutnya) buka Parlimen (dan) bentang dahulu di sana.

"Pemulihan bukan untuk menagih kasihan," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Kenyataan Mujahid itu turut senada dengan pendapat disuarakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang mempersoalkan bantuan morotarium untuk golongan M40.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, pelan terbabit juga gagal mewujudkan penyelesaian bagi membantu menangani masalah pengangguran di kalangan belia.

"Di mana morotarium untuk golongan M40? Di mana bantuan untuk belia yang menganggur? Di mana bantuan lanjutan skim gaji PKS? Tanya je," katanya.

Kor Ming turut mengakhiri ciapan berkenaan dengan tanda pagar #KerajaanGagal dan #KitaJagaKita 

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Wira Mahfuz Omar pula secara sinis berkata, Perdana Menteri dilanda migrain dengan publisiti meluas yang diberikan ke atas cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"(Pada) 13 Jun umum sedang rangka, tunggu seminggu nak bentang pada MKN (Majlis Keselamatan Negara), tup tup hari ni 15 Jun dah bentang.

"Rupanya dia migrain dengan publisiti MAGERAN dan Majlis Pemulihan Negara," katanya sinis.

Dengan sebegitu banyak kritikan dan kecaman, termasuk dari kalangan rakyat marhaen, adalah amat menakjubkan sebenarnya apabila kerajaan masih 'kebal' emosi serta nurani, terhadap segala rintihan atau aduan ditimbulkan.

Apakah sememangnya suara rakyat tidak lagi bernilai atau mereka mahu melihat tsunami yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 berulang lagi?

Jika ia berlaku, bersediakah mereka melepaskan semua kuasa, dan kembali berbakti sebagaimana layaknya?

Semua persoalan itu masih belum ada jawapannya tetapi apa yang pasti, retorik dan kerajaan Perikatan Nasional berpisah tiada. - Getaran, 15 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad