web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


31,243 Jemaah Haji Malaysia Berada Di Tanah Suci, Penerbangan Terakhir Tiba Esok

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2026 9:45AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Sebanyak 31,243 daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026M telah selamat tiba di Tanah Suci menerusi 99 penerbangan setakat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata penerbangan terakhir yang membawa jemaah lain dijadual tiba esok sekitar 9.10 malam waktu tempatan, sekali gus melengkapkan keseluruhan 100 penerbangan membawa semua jemaah haji Malaysia ke Madinah dan Jeddah.

"Dengan ketibaan penerbangan terakhir esok, ia menandakan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji tahun ini," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia yang melibatkan syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines.

Mengulas mengenai perjalanan haji 1447H/ 2026M, beliau berkata operasi yang dikendalikan Lembaga Tabung Haji (TH) berjalan lancar dengan kebajikan serta keselamatan jemaah terus menjadi keutamaan.

"Alhamdulillah, TH berjaya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan haji daripada pelbagai aspek dan perspektif.

"Kita mempunyai pengurusan haji yang terbaik dan kini mahu mengangkatnya ke satu tahap lebih tinggi hingga menjadi penanda aras dunia dalam pengurusan haji," katanya.

Antara penambahbaikan yang mendapat perhatian jemaah tahun ini ialah penyediaan bas ulang-alik percuma 24 jam ke Masjidil Haram bagi jemaah yang menginap antara satu hingga 1.5 kilometer dari kawasan masjid, selain kemudahan katil sofa, khemah penebat haba serta sistem pendingin hawa lebih sistematik di kawasan masyair. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Tular Di Media Sosial, Wanita Benarkan Anak Berdiri Melalui ‘Sunroof’ Ditahan Polis

oleh Sophia Ahmad