web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Superyacht’ 1MDB Milik Jho Low Bertukar Jadi Kapal Sokongan, Penyelidikan Teknologi Tinggi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2026 1:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - EQUANIMITY, kapal layar mewah sepanjang 91.5 meter yang pernah dimiliki ahli perniagaan buruan, Jho Low, dan menjadi antara aset utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini diberi nafas baharu sebagai kapal sokongan dan penyelidikan berteknologi tinggi dikenali sebagai Draak.

Kapal layar itu disita pihak berkuasa Malaysia pada 2018 sebelum dijual pada tahun berikutnya kepada sebuah unit di bawah Kumpulan Genting dengan harga jauh lebih rendah daripada nilai asal.

Selepas penjualan tersebut, ia dijenamakan semula sebagai Tranquility dan ditawarkan untuk sewaan eksklusif pada kadar mencecah AS$1.25 juta (RM5.47 juta) seminggu.

Menurut laporan portal luxurylaunches.com, pemilik semasa kapal berkenaan, pengasas Valve dan tokoh terkenal industri permainan video, Gabe Newell melakukan pengubahsuaian besar-besaran terhadap kapal itu.

Segala fasiliti mewah seperti kolam renang dan spa diganti kepada ruang penyahmampatan serta kren berat bagi tujuan operasi dan penyelidikan.

Laporan terbabit turut menyebut, kapal berkenaan kini sedang menjalani ujian pelayaran penting sebagai sebahagian daripada proses transformasinya.

Dahulu terkenal sebagai simbol gaya hidup mewah dan eksklusif, Draak kini berfungsi sebagai kapal operasi khusus bagi menyokong kapal utama Oceanco milik Newell sepanjang 111 meter, Leviathan.

Hampir keseluruhan pengubahsuaian yang dilakukan tertumpu kepada keupayaan sokongan ekspedisi, operasi selaman, logistik marin serta fungsi operasi jangka panjang di laut.

Kapal berkenaan juga mampu membawa kru tambahan, pasukan penyelam, bot tender, pakar teknikal serta pelbagai peralatan operasi, selain mengendalikan tugasan berat dan operasi berulang tanpa mengganggu aktiviti di atas Leviathan.

Selain itu, Draak berupaya melaksanakan operasi selaman lebih awal sebelum ketibaan kapal utama, memindahkan peralatan antara lokasi, membantu operasi penyelamatan penyelam, menyediakan penginapan tambahan serta mengurangkan kesesakan operasi di kapal utama.

Sebelum ini, Newell pernah menyatakan bahawa kapal layar mempunyai potensi besar sebagai platform penyelidikan saintifik, dan transformasi Draak dilihat sebagai manifestasi nyata terhadap visi tersebut. - Getaran, 19 Mei 2026

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad