web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesihatan Mental Boleh Ancam Kelangsungan Perniagaan, Produktiviti - MEF

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2026 3:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cabaran kesihatan mental di tempat kerja mutakhir ini telah berkembang menjadi isu ekonomi dan organisasi yang semakin kritikal.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berkata, peningkatan kebimbangan terhadap keletihan melampau (burnout), tekanan emosi, gangguan serta beban kerja berlebihan dikesan sebagai faktor utama yang menjejaskan kesejahteraan pekerja dan kelestarian perniagaan.

Presidennya, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata, ramai majikan semakin menyedari bahawa risiko psikososial tidak lagi boleh dianggap sebagai isu sampingan di tempat kerja, memandangkan persekitaran kerja moden terus berkembang pesat di bawah tekanan ekonomi dan operasi yang semakin mencabar.

Menurut beliau, organisasi kini berdepan pelbagai cabaran psikososial termasuk sempadan antara kerja dan kehidupan peribadi yang semakin kabur, tekanan kronik serta peningkatan keletihan emosi dalam kalangan pekerja.

“Majikan mengiktiraf bahawa pemeliharaan kesejahteraan mental bukan sahaja penting untuk pekerja, malah turut menjadi faktor utama dalam memastikan kelangsungan organisasi dan prestasi perniagaan,” katanya.

Jelas Syed Hussain, isu kesihatan mental berkaitan pekerjaan kini turut memberi kesan ekonomi yang besar di peringkat global.

Memetik dapatan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Syed Hussain berkata, risiko psikososial akibat tekanan kerja menyumbang secara signifikan kepada kerugian ekonomi dunia, dengan penyakit kardiovaskular dan gangguan mental yang dikaitkan dengan tekanan kerja dianggarkan mengurangkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) global sebanyak kira-kira 1.37 peratus setiap tahun.

Tegasnya, majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), memerlukan panduan jelas serta sokongan institusi yang mencukupi bagi melaksanakan rangka kerja pengurusan risiko psikososial secara berkesan.

“Majikan, terutama PMKS, memerlukan tempoh masa yang sesuai, panduan praktikal, peningkatan kesedaran serta sokongan pembangunan kapasiti untuk melaksanakan langkah pengurusan risiko psikososial secara berperingkat dan efektif.

“Matlamat utama adalah untuk membudayakan pencegahan, empati dan tanggungjawab bersama di semua tempat kerja,” katanya.

Sementara itu, aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye menggesa majikan dan pembuat dasar menangani bahaya psikososial pada kadar segera dan serius, sama seperti mereka menangani risiko fizikal di tempat kerja.

Katanya, sesebuah tempat kerja tidak boleh dianggap benar-benar selamat sekiranya pekerja masih berdepan tekanan prestasi yang tidak realistik, buli, gangguan serta tekanan emosi yang berpanjangan.

“Ini bukan sekadar ‘isu lembut’, sebaliknya merupakan bahaya pekerjaan sebenar yang boleh memberi kesan serius terhadap kesejahteraan, keselamatan dan produktiviti pekerja,” katanya. - Getaran, 16 Mei 2026

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad