web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Karam: 4 Mayat Pendatang Tanpa Izin Ditemukan - APMM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2026 8:52PM

Gambar APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Empat mangsa ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua hari ini, selepas sebuah bot dipercayai membawa pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia karam di perairan Pulau Pangkor, di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata kesemua mayat tersebut ditemui oleh Pasukan Polis Marin (PPM) kira-kira 2 petang tadi.

"Dua bot PPM telah menemukan mayat tersebut dalam keadaan terapung pada kedudukan lebih kurang 13 batu nautika dari Pulau Talang, berhampiran Segari.

"Mayat tiga wanita dan seorang lelaki itu dipercayai telah hanyut dibawa arus ke arah utara iaitu kira-kira 10 batu nautika dari lokasi asal bot tersebut dilaporkan karam," katanya pada sidang media di Jeti PPM Kampung Acheh di sini hari ini.

Beliau berkata penemuan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa bot karam yang ditemui setakat ini 27 orang, selepas 23 daripadanya berjaya diselamatkan pada hari pertama SAR semalam.

Mohamad Shukri berkata bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang, radius pencarian diperluaskan meliputi kawasan seluas 151 batu nautika persegi dari lokasi bot dipercayai karam iaitu kira-kira 8.2 batu nautika barat laut Pulau Pangkor.

"Kita masih mempunyai baki 10 lagi mangsa yang belum ditemukan dan usaha pencarian akan diteruskan dengan sokongan aset daripada PPM serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya.

Beliau berkata kesemua mayat yang ditemui hari ini telah dibawa ke Jeti PPM Kampung Acheh, seterusnya ke Hospital Seri Manjung untuk tindakan lanjut.

Semalam, Maritim Malaysia Perak berjaya menyelamatkan 23 pendatang tanpa izin disyaki warga Indonesia, selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Pangkor.

Mohamad Shukri memaklumkan pihaknya menerima aduan kira-kira 5.30 pagi daripada seorang nelayan tempatan, yang menemukan mangsa terapung di laut dan memohon bantuan segera.

Hasil siasatan mendapati jumlah keseluruhan PATI yang berada di atas bot tersebut adalah 37 orang dan kesemua mereka dipercayai bertolak dari Kisaran, Indonesia pada 9 Mei menuju ke Malaysia, dengan beberapa destinasi termasuk Pulau Pinang, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 13 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar