web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berita Baik Buat Rakyat, Cuti Panjang Menanti Hujung Bulan Nanti!

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2026 10:51AM

Cuti panjang itu membolehkan seisi keluarga merancang aktiviti masing-masing - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ada berita baik menanti, buat semua rakyat hujung bulan ini. 

Orang ramai bakal menikmati cuti selama empat hari berturut-turut susulan pertindihan dua cuti umum utama.

Ia bermula dengan cuti umum Hari Wesak yang jatuh pada Ahad, 31 Mei diikuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada Isnin, 1 Jun, sekali gus memberi laluan kepada cuti gantian pada Selasa, 2 Jun.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi hantaran di Facebook minggu lalu memaklumkan, cuti gantian akan diberikan pada hari berikutnya sekiranya  Hari Wesak jatuh pada hari cuti mingguan.

“Namun, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun merupakan cuti wajib bagi pekerja sektor swasta dan tidak boleh digantikan.

“Pekerja yang diarahkan bekerja pada cuti umum pula layak menerima bayaran khas mengikut peruntukan Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.

KESUMA memberi ingatan, majikan dan pekerja perlu memahami hak masing-masing, khususnya berkaitan kadar bayaran dan kelayakan bekerja ketika cuti umum.

Dalam masa sama, tempoh berkenaan turut bertepatan dengan cuti pertengahan tahun persekolahan sesi 2026 yang berlangsung dari 23 Mei hingga 7 Jun, sekali gus memberi peluang kepada seisi keluarga untuk merancang percutian.

Bagaimanapun, kementerian itu memaklumkan, tarikh cuti gantian pada 2 Jun boleh dipinda ke hari lain sekiranya mendapat persetujuan awal pekerja.

KESUMA turut memberi peringatan tegas kepada majikan agar mematuhi hak pekerja yang diminta bertugas ketika cuti umum.

Pekerja bergaji RM4,000 ke bawah atau mereka yang tertakluk di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955 layak menerima bayaran tambahan mengikut kadar ditetapkan.

Majikan yang gagal mematuhi peruntukan itu boleh dikenakan tindakan. – Getaran, 12 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar