web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perselisihan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2024 8:00AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR – Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan kes itu telah selesai dan suspek akan dituduh atas kesalahan membunuh di Mahkamah Kuala Kubu Bahru, hari ini.

"Kes Nur Farah Kartini telah selesai dan suspek akan dituduh di mahkamah esok (hari ini). Kita percaya (punca) ada kaitan perselisihan perhubungan," katanya kepada pemberita selepas hadir 'Program Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Agama: Jenayah Tidak Mengenal Warna Kulit Di Hulu Selangor' di sini malam tadi.

Program itu dirasmikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan.

Hussein berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk menuduh suspek di mahkamah berdasarkan bahan bukti yang ditemui di beberapa lokasi di sini dan Perak.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6 petang pada 15 Julai lepas.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar