web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Caruman PERKESO Mulai 1 Julai Untuk Pengamal Media Sambilan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 5:20PM

Fahmi Fadzil - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pengamal media sambilan seluruh negara akan menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh satu tahun mulai 1 Julai ini, demikian diumum Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan menampung sepenuhnya caruman itu.

Sehubungan itu beliau meminta semua organisasi media berdaftar mengemas kini data masing-masing bagi memudahkan bantuan berkenaan disalurkan oleh kementerian.

"Berdasarkan data Jabatan Penerangan 565 pengamal media yang berdaftar adalah bertaraf sambilan ataupun stringers, dan Perkeso mengesahkan 538 daripadanya tiada caruman Perkeso, namun layak didaftarkan," katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berlangsung di sebuah hotel, di sini petang ini.

Kemuncak sambutan HAWANA 2024 yang bertema "Etika Teras Kewartawanan" dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dua Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Hadir sama, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, di samping kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada pengamal media tempatan serta antarabangsa.

Sementara itu Fahmi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform media sosial bagi membincangkan isu berkaitan kos pengiklanan, dan berharap ada berita baik dapat diumumkan pada Jun ini.

Bagi menghargai pengorbanan rakan-rakan media, Fahmi turut mengumumkan pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media yang akan dilaksanakan untuk tahun kedua pada bulan kebangsaan nanti.

"Pada Bulan Kebangsaan nanti, pengamal media tak perlu membayar bil telefon," katanya.

Selain itu, Fahmi berkata organisasi media berdaftar yang belum melanggan kadar korporat yang ditawarkan oleh pengendali rangkaian mudah alih (MNO), boleh terus berhubung dengan pengendali bagi mendapatkan kadar korporat khas untuk pengamal media bermula 1 Julai 2024.

Sambutan HAWANA adalah acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia dengan edisi tahun ini berlangsung di Sarawak dan mengangkat tema "Etika Teras Kewartawanan Mapan".

Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak. Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) adalah agensi pelaksana.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media tempatan kepada negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

3

Semasa 2 tahun yang lalu

GKMM 1 Lagi Pencapaian Signifikan Sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Etika Tiang Seri Bidang Kewartawanan - Fahmi 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad