web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Sisa Buangan Klinikal Dijangka Meningkat Hingga 173.25 Tan Metrik Sebulan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 5:21PM

Sisa buangan seperti sarung tangan getah, gaun isolasi dan plastik pakai buang yang digunakan petugas barisan hadapan perlu diuruskan dengan teliti bagi mengelakkan jangkitan sekunder kepada pekerja yang menguruskannya. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sisa buangan klinikal seperti bahan plastik pakai buang, sarung tangan getah dan gaun isolasi yang digunakan petugas barisan hadapan di semua fasiliti kesihatan setakat ini meningkat sebanyak 111.94 peratus berbanding pada Disember 2019 sebelum COVID-19 berlaku.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad berkata sisa buangan klinikal akan terus meningkat sehingga 173.25 tan metrik sebulan dalam tempoh 12 bulan akan datang sekiranya pandemik itu berterusan.

"Hal ini boleh dianggap sebagai suatu angka signifikan yang boleh mengancam kehijauan bumi dan menggugat kelestarian alam sekiranya tidak berjaya diuruskan dengan baik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi berkaitan telah mengambil langkah-langkah bagi mengatasi kekangan kecekapan pelupusan itu namun masih lagi mempunyai tangguhan sisa buangan klinikal.

Ahmad Masrizal berkata setakat ini sebanyak 12 insinerator, empat microwave dan satu ozonator telah dilesenkan di seluruh negara untuk menguruskan buangan terjadual SW 404 berkenaan dengan kapasiti keseluruhan 5,168.05 tan metrik dan nilai itu masih mampu menampung penjanaan sisa klinikal semasa iaitu 4,394.37 tan metrik.

Katanya, KASA juga mengalu-alukan mana-mana fasiliti kesihatan swasta yang berhasrat untuk menguruskan sisa klinikal di Malaysia untuk berhubung dengan pihak kementerian atau JAS.

Sehingga kini, beliau berkata waktu operasi dan kapasiti pelupusan di loji pelupusan bahan klinikal turut dilanjutkan dan dipertingkat bagi memastikan peningkatan jumlah sisa klinikal dapat dilupuskan dengan segera.

Katanya, KASA juga menyedari peningkatan sisa bahan buangan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang kawasan itu memerlukan pengurusan sisa buangan lebih rapi dan tersusun bagi mengelakkan jangkitan sekunder kepada pekerja yang menguruskannya.

Ahmad Masrizal berkata sisa klinikal akan terus meningkat sekiranya lebih ramai rakyat dijangkiti COVID-19, justeru beliau menyeru masyarakat untuk duduk di rumah bagi mengelakkan lengkuk jangkitan daripada terus meningkat. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 49 minit yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad