web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 1:27PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada pelajar bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja alim bahkan mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri bagi membantu serta melancarkan pengurusan pondok dan institusi pendidikan Islam. 

"Keunggulan pendidikan pondok dalam melahirkan ulama yang berwibawa tentunya merupakan keutamaan pihak Kerajaan MADANI dalam menyebarkan ilmu dan hikmah kepada masyarakat Islam di negara ini.

"Di saat sesetengah pihak cuba memberikan lakaran buruk kepada agama dan umat Islam, Malaysia tampil menyerlahkan keindahan serta kesyumulan Islam, agama yang rahmah, santun serta madani yang menjulang tinggi nilai kesederhanaan serta kemanusiaan," katanya

Teks ucapan beliau dibaca oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada Majlis ljtimak Madani Ulama dan Umara 2024 di Dewan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa,di sini hari ini.

Beliau berkata, ulama, ilmuwan, agamawan dan umara perlu berganding bahu memikirkan bagaimana menyuburkan faham wasatiyyah, hikmah dan rahmah untuk dimanifestasian ke dalam pelbagai ruang serta peluang supaya persepsi buruk yang dikaitkan dengan Islam boleh dikikis. 

"Mutakhir ini, banyak cabaran yang berlaku dan bakal berlaku selepas ini, pastinya menuntut perpaduan dan keikhlasan kita semua untuk menjaga umat Islam.

"Amat mustahak kepada para ilmuan semua untuk memperbetul salah faham sesetengah pihak berkaitan agama. Usaha-usaha menyekat fahaman melampau dan ekstrem perlu digerakkan bersama-sama dan bersepadu berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad