web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 8:04AM

Patricia antara beribu-ribu wanita di negara ini yang gigih memperjuangkan nasib anak-anak mereka yang tidak mendapat kewarganegaraan walaupun ibu mereka adalah rakyat Malaysia. - gambar X patricia l. #sayaJUGAanakMalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (ANAK) menggesa kerajaan untuk menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang telus dan jelas bagi permohonan kewarganegaraan, memastikan undang-undang dan perlindungan dipatuhi dengan tegas bagi mengelakkan kekangan birokrasi.

Pengasasnya, Mary Anne K Baltazar, berkata masih ada dalam kalangan masyarakat yang tidak kelihatan, tidak tahu kedudukan mereka.

“Tanpa dokumen rasmi, individu tanpa kewarganegaraan menjadi ‘hantu’ di negara mereka sendiri, tidak boleh bergerak bebas untuk bersama-sama orang disayangi atau mendapatkan perkhidmatan asas.

“ANAK amat memahami realiti yang dihadapi individu tanpa kewarganegaraan. ANAK percaya kehidupan seseorang yang tiada kewarganegaraan tidak sewajarnya diubah kerana ketidakcekapan birokrasi dan pengabaian semata-mata," katanya dalam satu kenyataan.

Baltazar berkata, perubahan segera dan sistemik perlu dilakukan untuk membolehkan laluan yang jelas bagi individu tanpa kerakyatan ini mendapat kewarganegaraan.

“Kerajaan juga perlu menyediakan latihan komprehensif kepada pegawai yang mengendalikan isu kewarganegaraan untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan piawaian etika yang diperlukan dalam membantu individu tanpa kerakyatan.

“Kita juga perlu meningkatkan ketelusan dengan memberikan statistik yang jelas, data, dan alasan penolakan permohonan mendapatkan kerakyatan, menggalakkan kebertanggungjawaban dan kesaksamaan dalam membuat keputusan,” katanya.

Baru-baru ini, katanya, ANAK bekerjasama dengan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dan Family Frontiers untuk menayangkan filem Malaysia yang memenangi anugerah, berjudul ‘Abang Adik’ di Kota Kinabalu, Sabah.

“Filem itu memberikan gambaran mengenai cabaran birokrasi yang perlu dilalui oleh individu tanpa kewarganegaraan untuk mendapatkan kerakyatan.

“Contohnya, seorang yang pernah menjadi individu tanpa kerakyatan, Alanis Mah, hanya memperoleh MyKad pada usia 23 tahun, selepas bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan identiti yang sah,” katanya.

Beliau berkata, wujud juga keperluan untuk kerjasama yang lebih besar dengan pertubuhan masyarakat sivil, penyokong hak asasi manusia, dan komuniti yang terjejas untuk membangunkan dasar inklusif yang menangani punca kepada kewujudan individu tanpa kewarganegaraan.

“Sudah tiba masanya untuk berubah daripada sikap empati kepada mengambil tindakan dan bersama-sama dengan individu tanpa kerakyatan bagi memastikan mereka tidak lagi tersembunyi atau kepinggirkan dalam masyarakat kita.

“Bersama-sama kita oleh mewujudkan Malaysia yang inklusif dan saksama untuk semua,” katanya. – The Vibes, 23 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad