web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Pinggirkan Orang Asli Di KKB – Penduduk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 10:33AM

Masyarakat Orang Asli di sekitar KKB memerlukan perumahan dan peluang pekerjaan lebih baik selain latihan bersesuaian untuk meningkatkan taraf hidup mereka. - gambar Najjua Zulkefli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perumahan lebih baik, lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan adalah antara permintaan komuniti Orang Asli di Kuala Kubu Baharu, Selangor kepada wakil rakyat Baharu yang akan mewakili mereka kelak, selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan pada 11 Mei ini.

Mereka yang datang daripada suku Belandas, kini tinggal bersama-sama dengan empat lagi komuniti lain di KKB sejak sekian lama, menyumbang kepada kira-kira 2,000 pengundi di kawasan berkenaan.

Masyarakat Orang Asli di KKB menetap di Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak, Kampung Orang Asli Gerachi Jaya, Kampung Orang Asli Kerling dan Kampung Orang Asli Buluh Telor.

Tok Batin Kampung Tun Abdul Razak Asu Al Dollah, 68, berkata komuniti itu memerlukan bekalan elektrik di sesetengah kawasan, pembaikan jalan raya dan lampu jalan berdekatan kawasan sekolah untuk memudahkan murid pada awal pagi.

Tok Batin Kampung Tun Abdul Razak, Asu Al Dollah, 68, menunjukkan beberapa gambar kepada pemberita. gambar Najjua Zulkefli
Tok Batin Kampung Tun Abdul Razak, Asu Al Dollah, 68, menunjukkan beberapa gambar kepada pemberita. gambar Najjua Zulkefli

Selain itu, katanya, masyarakat Orang Asli di kawasan itu juga memerlukan perumahan baharu dan pembaikan bagi rumah sedia ada yang sudah usang.

“Ada segelintir yang tinggal dalam rumah kayu yang mereka bina sendiri. Kami di sini tidak mempunyai wang. Jika kami berduit, kami sudah membeli rumah sendiri.

“Penduduk di sini juga memerlukan pekerjaan yang lebih baik,” katanya kepada The Vibes.

Beliau juga mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk membina menara tinjau di Bukit Jantung untuk menarik pelancong tempatan dan luar negara ke kawasan berkenaan.

“Tidak ada isu untuk ia dibina kerana ia berada di tanah kami. Dari puncak bukit ini, mereka boleh melihat permandangan menarik Tanjung Malim, Rasah dan sekitar KKB.

“Ia boleh mewujudkan pekerjaan berkaitan pelancongan bagi masyarakat Orang Asli,” katanya.

Ketika ini, penduduk di penempatan itu bekerja sebagai pemotong rumput, tukang cuci, pekerja landskap, kontraktor dan penanam durian.

“Ada sebanyak 50 hingga 60 keluarga menetap di sini. Kami mengharapkan apa juga jenis bantuan,” katanya sambil berharap wakil rakyat yang dipilih kelak perlu melawat penempatan mereka.

Beliau berkata, tidak kira dari parti mana wakil rakyat itu nanti, apa yang penting ialah individu itu adalah wakil rakyat mereka.

“Kami mahu mengadakan mesyuarat untuk membincangkan apa yang memberi kesan kepada penduduk di kawasan ini,” katanya.

Tambahnya, Masyarakat Orang Asli di situ mahu dilayan sama seperti orang Melayu, Cina dan India di kawasan berkenaan.

“Kami sepatutnya dilayan sama seperti kaum lain. Jika seseorang mendapat sesuatu, adil jika orang lain juga memperoleh benda yang sama,” katanya.

Kedun Dollah, 56, yang bekerja sebagai pekerja rencam di kampung berkenaan, mahu pihak berkuasa menyediakan bekalan elektrik untuk penduduk yang menetap di Bukit Jantung.

Katanya, kawasan berkenaan sudah 30 tahun tidak menikmati bekalan elektrik manakala rumah abangnya yang rosak selepas hujan lebat masih lagi belum dibaiki.

“Apabila tiba musim pilihan raya, ramai yang datang, bawa beras, kopi dan gula, selepas itu mereka semua hilang dan tidak ada tindakan (untuk membantu kami).

“Wakil rakyat yang dipilih perlu kerap datang ke kampung ini. Sebelum ini, kami tidak lagi melihat wakil rakyat selepas mereka menang pilihan raya. Saya bukan marah cuma tidak berpuas hati,” katanya.

Peniaga, Zahari Alias, 45, berkata, apa yang mereka mahu lihat ialah beberapa kemajuan di kawasan mereka.

“Kami rasa mereka yang berada di luar kawasan kampung ini mendapat lebih banyak. Selain itu, sukar untuk mendapat pekerjaan di sini. Kami bekerja sendiri kerana tidak banyak bantuan yang diberikan kepada kami,” katanya. – The Vibes, 22 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar