web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Di Lake Tekapo: Hanya Seorang Pelajar Masih Menerima Rawatan Susulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2024 8:46PM

Kementerian Luar. - gambar hiaasn

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Hanya seorang pelajar Malaysia yang masih menerima rawatan susulan di Hospital Christchurch, New Zealand susulan kemalangan jalan raya membabitkan lima pelajar Malaysia di Lake Tekapo, New Zealand pada 30 Mac lepas.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu berkata, dua lagi pelajar yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital.

Mengenai dua pelajar yang meninggal dunia dalam nahas itu, jenazah seorang daripada pelajar itu telah selamat dikebumikan di Christchurch, New Zealand manakala jenazah seorang lagi pelajar telah dibawa pulang dan selamat dikebumikan di Malaysia. 

Justeru menurut Wisma Putra segala urusan kebajikan pelajar terlibat telah selesai.

Kementerian itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk kerajaan New Zealand,Hospital Timaru, Hospital Christchurch, Universiti Canterbury, masyarakat Malaysia di Christchurch dan pihak lain yang terlibat, yang sama ada secara langsung atau tidak langsung, membantu dalam memudahkan dan memastikan kebajikan pelajar dijaga dengan baik. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad