web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Pantas LUAS Berjaya Atasi Gangguan Bekalan Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2024 3:51PM

Gambar - LUAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah
Jamaluddin dalam kenyataan berkata, pencemaran itu dikesan kira-kira 9.30 pagi di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11, Hulu Langat.

Beliau berkata susulan itu petugas LUAS segera ke lokasi berkenaan untuk melakukan semakan dan telah mengesyaki kejadian berpunca daripada kawasan perindustrian berdekatan, berdasarkan pengesanan bau hingga 2 ton di pembetung sebelum memasuki Sungai Langat di kawasan berkenaan.

"Siasatan LUAS di hulu sungai tidak menemukan sebarang punca yang disyaki berpotensi menyebabkan pelepasan kesan minyak berkenaan.

"Pemerhatian lanjut LUAS di lokasi (yang disyaki) telah menemukan tapak bekas cucian diesel di hadapan premis kosong di kawasan perindustrian tersebut yang dipercayai terdapat aktiviti pencucian kenderaan dan pelepasan bahan diesel ke dalam pembetung," katanya.

Berikutan itu, Jamaliah berkata LUAS segera melaksanakan tindakan pencegahan dengan meletakkan keseluruhan 12 'oil pad' dan dua beg karbon aktif (AC) seberat 50 kilogram di dalam pembetung berkenaan bagi nyahbau, memerangkap serta menghalang aliran kesan minyak dari mengalir ke Sungai Langat.

Beliau berkata LUAS juga telah melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyedutan sisa minyak di kawasan terlibat dan kerja-kerja terbabit selesai sepenuhnya pada 9.40 malam tadi.

"LUAS juga telah melaksanakan pemantauan intensif bau dan kesan minyak di Sungai Langat dengan kekerapan setiap 30 minit melibatkan jarak di antara lokasi itu ke LRA Cheras Batu 11 adalah sekitar 400 meter.

"Verifikasi LUAS di lokasi terlibat mengesahkan bacaan bau sifar ton, dan tiada lagi kesan minyak ditemukan. Tindakan mitigasi segera LUAS ini berjaya memastikan tiada gangguan bekalan air kepada pengguna," katanya.

Jamaliah turut menyeru semua pihak agar prihatin terhadap aktiviti dan tindakan yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air negeri terutamanya semasa musim perayaan.

"Laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada LUAS untuk diambil tindakan segera. Kerajaan Selangor dan LUAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencemarkan sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras peruntukan Enakmen LUAS 1999," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad