web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalkan Pistol Untuk Lelaki Israel, Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 4:36PM

Pasangan terbabit tidak ditawarkan sebarang jaminan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas tuduhan membeli dan membekalkan sepucuk pistol kepada seorang lelaki Israel, minggu lalu.

Sharifah Faraha Syed Husin, 41, didakwa memiliki sepucuk pistol jenis LUGER yang menyalahi undang-undang, manakala suaminya, Abdul Azim Mohd Yasin, 43 didakwa atas pertuduhan berada bersama-sama wanita berkenaan.

Kedua-dua mereka memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Mengikut fakta kes, Sharifah Faraha didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8 malam, 29 Mac lalu di No. 183 Jalan Haji Omar Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dipenjara sehingga 14 tahun jika sabit kesalahan.

Abdul Azim pula berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Berat Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Fazeedah Faik.

Pasangan terbabit tidak ditawarkan sebarang jaminan kerana sebarang kesalahan di bawah Akta Senjata Api tidak boleh dikenakan ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 11 Jun nanti untuk sebutan kes. - Getaran, 8 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad