web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama MCMC, PDRM Tumpaskan Kegiatan ‘Swinger’ Di Platform Media Sosial

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 4:23PM

Tanhkap layar kegiatan 'swinger' dalam talian. - gambar MCMC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA – Pihak berkuasa berjaya menumpaskan kegiatan ‘swinger’ atau aktiviti pasangan suami isteri bertukar-tukar pasangan yang dijalankan secara dalam talian baru-baru ini.

Susulan operasi bersama antara Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kedah dan Johor itu, membawa kepada penahanan tiga suspek.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini, berkata kegiatan ‘swinger’ itu dikesan Suruhanjaya berkenaan hasil aduan daripada orang ramai selain pemantauan yang dijalankan.

“Operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan PDRM di Kedah dan Johor baru-baru ini telah menemukan kumpulan 'swinger' yang memiliki sejumlah besar video lucah.

“Hasil serbuan, telefon bimbit, komputer, dan thumb drive milik suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 39 hingga 50 tahun didapati bertindak sebagai pentadbir (admin) bagi platform X kumpulan 'swinger' berkenaan, dan mereka turut didapati menjual bahan lucah bagi meraih keuntungan,” menurut kenyataan berkenaan.

Suruhanjaya itu berkata, suspek dipercayai memuat naik klip video pendek melalui platform X, dan individu yang berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh, dikenakan bayaran antara RM100 ke RM400 bagi mendapatkan pautan ke aplikasi Telegram.

Kenyataan itu menyebut, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini. – Getaran, 3 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar