web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Perniagaan Didakwa Tipu Pelaburan Projek Perumahan Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 1:47PM

Tertuduh ketika dibawa ke mahkamah pagi ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan menipu seorang individu supaya melabur dalam projek perumahan yang tidak wujud membabitkan kerugian RM580,000, hampir enam tahun lepas.

Ahmad Kamal Akbar Rahim @ Abd Rahim, 54, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mengikut ketujuh-tujuh pertuduhan, Ahmad Kamal Akbar didakwa menipu Ibrahim Romli, 53, untuk mempercayai dia akan mendapat keuntungan di atas pelaburan projek perumahan tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan cek RM580,000 dalam beberapa transaksi. 

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan antara 8 hingga 24 September 2018 di Kompleks Perniagaan Tasek Gelugor mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Asma' 'Amira Shahidani kemudian memohon tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan. 

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ima Syakira Mohd Salim yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum dikenakan atas alasan anak guamnya berstatus bankrap dan tidak mempunyai pendapatan tetap selain perlu menanggung isteri dan 10 anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM56,000 dan menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar