web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nama S. A. Abdullah Bukhari Akan Diabadikan Pada Sebuah Jalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 4:47PM

Salinan pekeliling kerajaan negeri yang tular.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Laluan di hadapan sebuah sekolah agama tertua negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Lelaki) Al-Mashoor akan dikenali sebagai Jalan S. A. Abdullah Bukhari, tidak lama lagi, sempena tokoh Islam terawal Pulau Pinang itu.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital negeri, Zairil Khir Johari, yang mengesahkan satu pekeliling kerajaan negeri yang tular, kepada portal The Vibes, berkata sebahagian dari Jalan Air Itam akan diwartakan sebagai Jalan S.A Abdullah Bukhari.

“Ia membabitkan laluan di hadapan sekolah itu. Ia bersesuaian memandangkan beliau adalah seorang daripada guru yang mengajar di sekolah itu. Kami berharap nama jalan itu akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya.

Zairil berkata, jalan utama Jalan Air Itam akan dikekalkan berikutan pertalian kukuh antara penduduk pulau itu dengan nama dan jenamanya sebagai kawasan kejiranan.

Air Itam dianggap sebagai kejiranan kelas pertengahan utama di Pulau Pinang dengan ia terbahagi antara kawasan Bukit Bendera kepada perbandaran baharu Air Itam di Farlim dan kawasan komersial Air Itam.

Dalam perkembangan lain, Zairil berharap penduduk dapat memahami kerja pembinaan yang akan dijalankan di seluruh negeri itu, termasuk cadangan projek sistem transit aliran ringan (LRT) bernilai RM10.5 bilion.

Menyahut kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow semalam bahawa ada keperluan untuk penduduk bersabar dengan jajaran pembinaan yang diperlukan untuk menyelaraskan LRT, Zairil berkata sedikit pengorbanan diperlukan untuk memastikan negeri ini dapat menikmati rangkaian hubungan yang lebih baik.

Kabinet sudah memberikan kebenaran akhir untuk pembinaan sistem LRT dan kerja tanah dijadualkan bermula pada suku ketiga tahun ini, membabitkan jajaran sejauh 29 kilometer, yang akan bermula dari Pulau Silikon berhampiran Batu Maung hingga ke Komtar di George Town.

Jajaran itu akan disambung dari Komtar ke Penang Sentral melalui sebuah jambatan kereta api menyeberangi Selat Pulau Pinang.

Belum dipastikan sama ada LRT itu akan dihubungkan ke kawasan pinggir bandar Pulau Tikus dan Tanjung Bungah seperti yang dinyatakan sebelum ini. – Getaran, 2 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad