web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Kereta Dan 3 Rumah Rosak Akibat Pokok Tumbang Susulan Hujan Lebat Di KL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 8:36AM

- gambar JBPM Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 buah kereta dan tiga buah rumah di sekitar ibu kota rosak teruk akibat ditimpa pokok susulan hujan lebat dan angin kencang petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera. 

Katanya, hujan lebat dan angin kencang selama sejam pada 6 petang itu menyebabkan kejadian pokok tumbang di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Sekolah Sukan Bukit Jalil yang menyebabkan kerosakan lima buah kereta serta di Taman Tasik Damai yang mengakibatkan kerosakan dua buah kereta.

Menurutnya, kejadian pokok tumbang juga berlaku di Jalan Radin dan Jalan Radin Anum di Sri Petaling yang mengakibatkan kerosakan tiga buah kereta manakala dua buah kereta lagi rosak terkena khemah peniaga yang diterbangkan angin.

"Dalam kejadian pokok tumbang di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama telah merosakkan dua buah kereta manakala kejadian sama di Jalan Jalil Jaya, Bukit Jalil menyebabkan dua buah kereta rosak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kejadian pokok tumbang juga menyebabkan kerosakan dua buah rumah di Bandar Baru Sri Petaling dan sebuah rumah di Taman Salak Selatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar