web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 4:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Dua lelaki warga asing dari Myanmar dan Bangladesh yang disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM)menerusi operasi khas semalam di ibu negara.

Kedua-dua mereka yang berusia antara 50 hingga 52 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Akta Pasport 1966 (Akta 150) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh, berkata modus operandi sindiket adalah dengan menjalankan aktiviti sebagai ejen pekerja asing bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) dengan menyasarkan warganegara sumber seperti Bangladesh dan Indonesia. 

"Sindiket ini menawarkan perkhidmatan seperti urusan pendaftaran permohonan program RTK 2.0 di pejabat imigresen dan dipercayai telah menjalankan operasi selama setahun dengan bayaran yang dikenakan bagi setiap pekerja asing ini antara RM1,500 hingga RM2,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil semakan awal mendapati lelaki Myanmar itu berstatus Pemastautin Tetap (PR) manakala lelaki Bangladesh itu memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi Sektor Perkhidmatan yang masih sah laku dan kedua-dua mereka telah berkahwin dengan warga tempatan.

Beliau berkata, pasukan operasi telah merampas wang tunai sebanyak RM91,550, 12 pasport Bangladesh, senaskhah pasport Indonesia, dokumen syarikat, dokumen permohonan program RTK dan tiga unit telefon bimbit.

Beliau berkata, tiga individu tempatan juga telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan.

"Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta 155, Akta 150, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar