Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


#AzminLetakJawatan, Rakyat Bosan Kerenah Menteri MITI

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 7:19PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mengenali sosok bernama Mohamed Azmin Ali ini, beliau sememangnya tidak pernah sunyi dari hambatan kontroversi.

Bermula seawal penglibatannya dalam politik bersama Parti Keadilan Nasional pada 1998, Azmin sememangnya sering menjadi buruan media.

Bertuah kerana dikurniakan paras yang boleh dibilang kacak, ketenangan dan ‘kecerdikan’ Azmin meladeni setiap soalan wartawan menjadikan beliau antara figura politik paling digemari.

Ulasannya sering bersahaja, tak kurang bernada sinis hingga kadang kala menjadikan media jengkel mendengarnya, namun kelibat beliau tetap dinanti khususnya ketika Selangor berdepan konflik pemilihan untuk jawatan Menteri Besar satu ketika dahulu.

Pantas mendaki tangga kecemerlangan, nasib Azmin dalam arena politik nyata bertuah, barangkali kerana bijak memainkan percaturan dan mengatur langkah berbanding rakan-rakan seangkatan lain.

Bermula dari menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ulu Kelang menerusi Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU 10) pada 1999, beliau seterusnya mengorak langkah merampas kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak.

Pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor pada 2014 susulan peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim turut tidak terlepas daripada beberapa kontroversi, menjadikan ia antara gosip politik paling popular ketika itu.

Kendatipun, Azmin tetap Azmin, terus menampakkan riak tenang di permukaan, walau dalam hati tak siapa yang tahu.

Kejatuhan kerajaan BN pada PRU 14 menyaksikan Azmin diserap masuk ke dalam kabinet, sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah teraju Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Tahun 2020, sekali lagi kerajaan berubah apabila Langkah Sheraton menggegarkan suasana dan ia turut membawa perubahan kepada portfolio disandang Azmin, apabila beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, antara jawatan kanan dalam barisan kepimpinan negara.

Nama Panas Dengan Isu

Mutakhir ini, nama anak kelahiran Singapura itu terus panas di bibir rakyat dengan pelbagai isu yang kadang kala dilihat seolah sengaja dicipta, demi sebuah publisiti.

Usai lawatan rasmi di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lalu, beliau dilihat hadir melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, sekali gus melanggar arahan kuarantin wajib dikenakan kerajaan ke atas mana-mana individu yang pulang dari luar negara.

Ia menimbulkan kemarahan ramai, khususnya rakyat bawahan yang secara automatik berdepan tindakan undang-undang pihak berkuasa sekiranya didapati melanggar arahan ditetapkan.

Bagaikan sengaja menyimbah minyak ke dalam api yang marak, isu berkenaan juga timbul tatkala rakyat dilanda kemarahan, gara-gara pilih kasih pihak berwajib dalam mengambil tindakan.

Jika ada yang sudah terlupa, negara ketika itu sedang hangat dengan kontroversi golongan kayangan, membabitkan aktiviti rentas daerah dan negeri beberapa selebriti tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

Azmin ketika itu turut terpalit sama, walaupun menjadikan tugasan rasmi sebagai alasan untuk mengadakan lawatan ke IPD tersebut.

Belum pun reda kes lawatan ke IPD, nama bekas Timbalan Presiden PKR itu kembali meniti di bibir rakyat, apabila foto beliau berhari raya bersama isteri, anak-anak dan menantu tersebar di media sosial.

Sekali lagi ia menimbulkan kemarahan ramai, apatah lagi apabila golongan marhaen ini terpaksa memendam rindu dan terpaksa berpuas hati dengan sekadar membuat panggilan video kepada insan tersayang, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) bermula 12 Mei lalu.

Ini jelas satu ketidakadilan untuk mereka, dan semua kemarahan itu pastinya berasas, khususnya selepas melihat ‘warga kayangan’ ini saling bergembira meraikan 1 Syawal bersama-sama.

Azmin bagaimanapun dilaporkan berkata, kesemua anak dan menantunya tinggal bersama di kediaman rasmi menteri di Presint 10, Putrajaya, justeru tidak timbul isu melanggar peraturan kerana melakukan ziarah di hari raya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Fadzil Ali dilaporkan berkata, kenyataan daripada pengawal keselamatan di kediaman Azmin menyebut, keluarga terbabit tidak menerima kunjungan sebarang tetamu, seperti dakwaan yang tular di Facebook itu.

Trending Di Twitter

Terbaharu, tanda pagar (hashtag) #AzminLetakJawatan trending di Twitter, serentak dengan perkembangan terkini sekatan penuh PKP 3.0 yang menyaksikan lebih 128,000 syarikat diberi kebenaran beroperasi.

Ia susulan perubahan keputusan dibuat kerajaan pada saat akhir, yang mewajibkan semua syarikat memohon kebenaran beroperasi menerusi sistem khas dikenali sebagai COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) di bawah selenggaraan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Keputusan U-Turn sekali lagi menjadikan kerajaan sasaran kecaman, apatah lagi dengan kebimbangan yang semakin memuncak akibat peningkatan kes COVID-19.

Lebih membimbangkan, CIMS didakwa tidak berfungsi menjalankan tapisan sepatutnya apabila siapa sahaja boleh memohon kebenaran beroperasi walaupun dikategorikan sebagai sektor tidak penting (non-essential).

Keputusan berkenaan juga dipercayai memiliki kaitan dengan hantaran Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook semalam.

Menerusi hantaran itu, Ismail Sabri dilihat memuat naik gambarnya yang sedang menarik tombol sebuah pintu.

Apa yang menarik perhatian, beliau turut meletak sepotong kapsyen, seolah-olah menggambarkan kekecewaan terhadap perubahan keputusan kerajaan itu.

“Saya dah tutup pintu depan, tapi…” katanya dalam hantaran berkenaan.

Petisyen Azmin Letak Jawatan

Seorang netizen, Fadhil Roslizan yang menggunakan akaun @fotodadh berkata, dia terkejut apabila kedainya diluluskan untuk beroperasi oleh CIMS walaupun tergolong dalam perkhidmatan tidak penting.

“Macam mana saya punya bidang boleh lepas untuk beroperasi ketika PKP 1-14 Jun 2021?

“Saya cuba kemas kini maklumat saya di CIMS 3.0 Dukacita dimaklumkan, syarikat saya dibenarkan beroperasi,” katanya menerusi ciapan yang diulang ciap lebih 12,000 kali.

Senario ini juga menyaksikan satu petisyen diwujudkan, bagi mendesak peletakan jawatan Azmin, yang dianggap ramai sebagai ‘menghancurkan’ objektif pelaksanaan sekatan penuh PKP 3.0.

Sehingga jam 7 petang tadi, petisyen berkenaan berhasil meraih 36,328 tandatangan, melepasi sasaran awal 35,000.

Selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Azmin adalah menteri kabinet kedua yang didesak berundur daripada jawatan, apabila dilihat tidak kompeten dalam menjalankan tugas.

Apakah kerajaan akan tunduk pada suara rakyat? Apakah suara rakyat akan didengari atau sekadar angin berhembus lalu?

Yang nyata, jangkitan COVID-19 akan terus meningkat, dan sehingga pihak berwajib benar-benar efisien dalam melaksanakan sekatan penuh, nyawa rakyat kekal menjadi taruhan.

Pemerintah? Mereka akan terus tersenyum kepuasan. - Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 21 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran