Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lahir 1964 Boleh Masuk Percuma Ke Zoo Taiping, Night Safari

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 8:24AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IРОН - Pengunjung yang lahir pada 1964 akan diberi kemasukan percuma ke Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) sebagai signifikan kepada pembukaannya pada 1961 iaitu bersamaan 64 tahun operasinya tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, promosi istimewa itu juga sempena sambutan ulang tahun ke-150 bandar Taiping.

"la antara promosi khas yang diberikan kepada pengunjung, selain promosi kemasukan percuma untuk setiap pengunjung ke-150 setiap hari bermula 21 Januari lalu, semua promosi ini adalah hingga 31 Disember 2024," katanya dalam satu kenyataan.

Khairul Amir berkata, Zoo Taiping adalah zoo awam tertua di Malaysia dan satu daripada zoo di negara ini dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan sejak awal penubuhannya pada 1961, yang pada masa itu dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah.

Beliau berkata, bermula dengan keluasan 9.7 hektar, kini ZTNS memiliki keluasan 13.75 hektar mempamerkan 1,500 haiwan daripada 130 spesies sebelum ia memulakan matlamat pemuliharaan hidupan liar, pendidikan, rekreasi dan pelancongan pada pertengahan 1990-an.

Beliau berkata, pada akhir 1990-an, Zoo Taiping telah diubah suai untuk menggabungkan ciri pameran terbuka dengan penekanan terhadap kebajikan haiwan, kondisi kerja yang lebih baik dan kemudahan pelawat sebelum dijenamakan semula sebagai ZTNS pada 15 Jun 2003.

"ZTNS juga adalah zoo pertama di Malaysia dan yang kedua di Asia Tenggara yang menampilkan night safari, ZTNS secara beransur-ansur menimba kepakaran dalam pembiakan dalam kurungan spesies hidupan liar yang terancam.

"Pemuliharaan dan pembiakan dalam kurungan harimau Malaya, seladang, anjing hutan (serigala), kambing gurun, dan orang utan telah dijalankan dengan gigih untuk memulihkan jumlahnya yang semakin berkurangan di habitat asalnya," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 55 minit yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Semasa 21 jam yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Semasa 41 minit yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji