Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suami Isteri Bunuh Anak Terlepas Hukuman Mati, Dipenjara 30 Tahun

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 8:46PM

Kedua-dua tertuduh, Aaron Teoh Eng Wan, 40, dan isterinya En Sit Mooi, 43. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sepasang suami insteri terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan tuduhan membunuh dengan penjara 30 tahun kerana homisid salah tak terjumlah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut terhadap Aaron Teoh Eng Wan, 40, dan isterinya En Sit Mooi, 43, bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.

Dua hakim lain dalam panel tersebut ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah.

Hakim Hadhariah, dalam menyampaikan keputusan, berkata mahkamah mengenepikan sabitan membunuh dan hukuman mati pasangan itu dan mensabitkan mereka atas pertuduhan homisid salah tak terjumlah membunuh. 

Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin terkhilaf apabila tidak membezakan perbezaan anatara Seksyen 299 dan Seksyen 300 Kanun Keseksaan yang mewajarkan intervensi mahkamah rayuan.

Pasangan suami isteri itu disabitkan kesalahan membunuh Adrian Teoh Wai Kit, anak sulung daripada dua beradik itu, di sebuah premis di Regalia Business Centre, Subang Jaya antara jam 2 petang hingga 3,30 petang pada 26 Mei 2017. 

Peguam S. Jayananda Rao dan Saladin Mohd Yasin, masing-masing mewakili Eng Wan dan En berhujah bahawa pasangan itu tidak sepatutnya disabitkan atas kesalahan membunuh tetapi atas pertuduhan yang lebih ringan iaitu homisid salah tak terjumlah membunuh

Pada 21 Mei 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap pasangan itu selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka.

Mahkamah Tinggi turut menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Eng Wan atas satu lagi pertuduhan melakukan penganiayaan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Eng Wan bagaimanapun menarik balik rayuannya hari ini terhadap keputusan ini kerana dia telah pun menjalani hukuman itu. 

Pendakwaan diwakili Timbalan pendakwa Raya, Zulkifli Abdullah. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Sukan 16 jam yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu

Sukan 1 hari yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu