Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kejayaan Malaysia Di Tangga Ke-8 Dunia Destinasi Persaraan, Pengiktirafan Buat Negara

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 12:27PM

Bandaraya Kuantan adalah antara destinasi yang menjadi pilihan untuk persaraan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan Malaysia menduduki tempat kelapan dunia sebagai 'destinasi' pesaraan adalah pengiktirafan kepada negara ini yang terkenal dengan masyarakat majmuk.

Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Prof Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, kedudukan negara dalam ranking 10 terbaik itu memang tidak menghairankan kerana Malaysia mempunyai 'persekitaran' tersendiri yang mampu menarik minat pekerja luar negara untuk terus menetap di sini.

"Persekitaran negara kita sangat versatile, dari Kuala Lumpur hingga Sabah mereka boleh memilih sendiri sama ada untuk menetap di bahagian kota yang pesat membangun ataupun ke kawasan kampung dan pendalaman untuk menikmati alam semula jadi," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Februari lalu Malaysia disenaraikan 10 negara terbaik untuk persaraan oleh 'International Living's Annual Global Retirement Index 2024' mendahului Perancis dan Columbia yang masing-masing di tempat ke-9 dan ke-10.

Beliau berkata, pada masa sama antara faktor lain yang menarik minat mereka adalah kos sara hidup di negara ini yang rendah dan makanan pelbagai cita rasa.

"Dari segi makanan, Malaysia menyediakan pelbagai makanan yang menarik, daripada masakan tempatan mahupun makanan dari negara lain seperti Arab, Korea, Itali dan lain-lain," katanya.

Nik Maheran berkata, program 'Malaysia My Second Home' (MM2H) yang diperkenalkan pada 2002 juga menjadi pendorong mereka memilih negara ini kerana inisiatif yang ditawarkan tidak ada di negara lain.

Warga Rusia, Elena Sotnik, 61, pula mengakui dirinya 'jatuh cinta' dengan Malaysia sebaik menjejak kaki ke negara ini pada 1999 dan berhasrat untuk terus menetap di Kuantan kerana merasakan ibu negeri Pahang itu sebahagian daripada dirinya.

Mengimbau kenangan lama Elena berkata, beliau masih mengingati kebaikan dan keramahan orang Malaysia sejak hari pertama berada di Malaysia, walaupun mereka langsung tidak mengenalinya.

"Ke mana sahaja saya pergi, orang sentiasa senyum dan akhirnya saya tahu itu juga sebahagian daripada Malaysian hospitaliti. Saya juga suka dengan kepelbagaian di sini. Pernah rakan di Rusia bertanya perayaan di Malaysia dan saya jawab terlalu banyak (perayaan) yang saya sertai.

"Ada perayaan Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina, Krismas dan banyak lagi. Saya tidak pernah ketinggalan satu pun kerana setiap perayaan, pasti ramai yang menjemput. Sudah pasti saya terima dengan senang hati kerana suka suasana raya itu. Semua orang begitu baik walaupun berbeza budaya dan agama," katanya.

Elena yang turut membawa ibu dan anak-anaknya tinggal di Malaysia berkata, beliau juga suka dengan keindahan alam di Malaysia yang menurutnya sangat bertuah kerana memiliki tanah tinggi, pantai dan hutan untuk 'mengimbangi' bandar.

Selain Pahang, Elena sentiasa mengambil peluang menerokai pelbagai destinasi lain di Malaysia dan setakat ini, beliau telah melawat Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis, Kedah dan Johor, namun hatinya buat masa ini, masih terpaut dengan Kuantan.

"Saya suka kerana berhampiran laut. Makanan lautnya segar. Malah antara juadah kegemaran saya ialah ikan tiga rasa yang dimasak menantu. Ya, anak saya bertemu jodoh di Malaysia dan kehadiran tiga cucu menguatkan lagi hasrat saya untuk terus kekal di sini," katanya.

Perunding Syarikat MyExpat MM2H, Arlynna Ujang berkata, tahun lalu pihaknya menerima pemohonan MM2H daripada lebih 200 orang dari pelbagai negara dan kebiasaannya mereka mengambil pakej Silver untuk bekerja dan menetap selama lima tahun, dan bayaran yang dikenakan hanya RM5,000 sahaja.

"Bagi pakej Emas pula bayarannya boleh mencecah RM2 juta dan boleh tinggal di Malaysia selama 15 tahun dan pakej Platinium boleh mencecah RM5 juta dan mereka boleh memohon untuk Pemastautin Tetap," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Komited Mainkan Peranan, Desak Henti Serangan Ke Atas Rafah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Sambut Baik Resolusi PBB Gesa UNSC Timbang Semula Permohonan Palestin

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Semasa 12 jam yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi