Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cloud KBS Digodam, Hannah Sahkan Tiada Ketirisan Data

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 2:25PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengakui aplikasi Cloud agensi berkenaan telah digodam Sabtu lalu (16 Mac), namun mengesahkan tiada sebarang kebocoran data peribadi susulan ancaman tersebut.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya telah melaporkan perkara berkenaan kepada Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan dan Keselamatan Siber Malaysia sebaik kejadian itu berlaku.

"KBS telah mengambil tindakan segera dan buat masa ini keadaan terkawal melalui beberapa intervensi teknikal.

"Fail yang digodam hanya beberapa fail pentadbiran sahaja...tidak melibatkan parti-parti lain ataupun informasi peribadi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Le Tour de Langkawi 2024 di Majlis Sukan Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, tular hantaran di platform Telegram oleh kumpulan dikenali sebagai R00TK1T yang mendakwa telah berjaya mengodam data aplikasi Cloud KBS. - BERNAMA

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Semasa 23 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi