Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Kematian Bayi Akibat Luka Dikelar Di Bahagian Leher

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 8:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul, di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher dipercayai dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut mengesahkan bahawa bayi malang itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian.

"Setakat ini, seorang jiran telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

Suspek yang berusia 32 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman hingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi di sini. 

Insiden pada 1.30 tengah hari itu menyaksikan suspek menghantar gambar bayi yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp sejurus selepas mengelar kanak-kanak tersebut.

Mohd Sohaimi berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah bayi malang itu dituntut oleh bapanya sejurus selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan HSI pada kira-kira 3.30 petang tadi. 

Jenazah dijangka dikebumikan di Felda Redong, Segamat hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Tawar Insentif Haji Muassasah Untuk 6,000 Jemaah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri