Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dakwa Polis Kasar: Pengacara Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 8:43PM

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengacara dan penyampai berita stesen televisyen tempatan akan dipanggil memberi keterangan pada minggu depan berhubung dakwaannya yang menyifatkan tindakan anggota polis sebagai kasar, sombong dan tidak profesional ketika melakukan pemeriksaan terhadapnya, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, berkata dakwaan dibuat lelaki berusia 30-an itu disiarkan menerusi portal berita dalam talian.

Beliau berkata, seorang daripada anggota polis terbabit berusia 42 tahun menerima pautan artikel berkenaan pada 12.30 tengah hari semalam, semasa berada di Pejabat Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

"Beliau dapati artikel itu tidak benar dan menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara amnya serta polis Subang Jaya secara khususnya," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baru-baru ini tular satu artikel ditulis pengacara terbabit mendakwa dilayan dengan teruk oleh dua anggota polis semasa melakukan pemeriksaan terhadapnya di kawasan perumahan USJ 9 di Subang Jaya, kira-kira 1.30 pagi, 13 Mac lepas.

Wan Azlan berkata, siasatan awal mendapati, anggota polis terbabit menjalankan pemeriksaan mengikut undang-undang serta garis panduan ditetapkan dan semakan dapati lelaki tersebut tiada sebarang rekod jenayah. 

"Kes itu disiasat mengikut seksyen 504 kanun keseksaan (Akta 574) dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 589).

“Saya meminta orang ramai supaya lebih prihatin dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PDRM dalam usaha mencegah jenayah," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Sukan 14 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 3 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Aktiviti Mencurigakan, Pusat Keagamaan Disiasat