Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SPRM Tahan Reman 3 Pemilik Syarikat Termasuk 2 Bergelar Datuk

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 8:32AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk selepas disyaki memberi rasuah kepada penjawat awam untuk tidak mengambil tindakan terhadap kes penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 30 dan 40-an ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Majistret Khairunnisa Kasa membenarkan seorang lelaki direman selama tiga hari sehingga Ahad ini, manakala dua individu yang berpangkat Datuk direman sehari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, semalam.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan dan direman susulan daripada operasi khas yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Isnin lalu.

"Mereka yang ditahan dipercayai memberi wang rasuah kepada penjawat awam yang terlibat dan sudah melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2018 hingga 2023," katanya.

Susulan operasi itu, AML SPRM turut menyita pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, komputer peribadi, wang tunai, rumah dan beberapa buah kereta mewah.

Difahamkan, sindiket tersebut dipercayai menggunakan modus operandi dengan menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Sementara itu, SPRM turut mendapat kebenaran untuk menyambung reman dua lagi suspek yang telah ditahan pada Isnin dan Selasa lalu berhubung kes sama.

Perintah reman selama satu hari bermula semalam terhadap kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisa.

Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tiga suspek tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Selasa lalu, media melaporkan SPRM menahan empat penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM5 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram melalui pintu masuk negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 20 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

3

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB