Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Sita RM990 Juta Harta Berkaitan Jenayah Dadah Sejak 2019 – Saifuddin Nasution

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 1:15PM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya membanteras jenayah berkaitan dadah bernilai RM990 juta (US$210 juta) sejak 2019, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, menyedari kaitan antara pengedaran dadah,rasuah dan lain-lain bentuk jenayah terancang, Malaysia kekal teguh dalam melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman berkenaan melalui langkah penguatkuasaan undang-undang yang ketat.

"Selain itu, agensi penguatkuasaan undang-undang kita telah berjaya membongkar 98 makmal sulit dan menahan 351 individu yang terlibat dalam kegiatan haram itu.

"Kita juga telah mencapai kemajuan ketara sejak lima tahun lepas, tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan,"katanya pada Segmen Peringkat Tertinggi Suruhanjaya Mengenai Narkotik Dadah ke-67 Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di Vienna, Austria pada Khamis. 

Teks ucapannya dihantar kepada Bernama.

Saifuddin Nasution berkata, dalam mengawal pengedaran dadah dan bahan psikotropik, sebanyak 16,865 kebenaran import dan eksport atau permit telah dikeluarkan sejak 2020 hingga tahun lepas.

"Penemuan makmal analisis mengenai pengesanan bahan baharu berfungsi sebagai asas untuk mengawal selia bahan-bahan berkaitan di bawah undang-undang negara kita," katanya.

Beliau berkata, pendekatan proaktif dalam menangani cabaran disebabkan kemunculan ubat baharu dan bahan psikoaktif baharu (NPS), selain memastikan langkah kawalan mantap dapat disediakan bagi mengurangkan perluasan dadah dan bahaya yang mungkin timbul.

Saifuddin Nasution berkata, Malaysia berikrar meningkatkan kerjasama antarabangsa dan serantau dalam menangani Masalah Dadah Dunia selaras dengan obligasi perjanjian serta Pelan Strategik Antidadah 2021-2025 Malaysia. 

"Malaysia akan terus mengukuhkan perkongsian dengan negara lain dan organisasi antarabangsa untuk menangkis pembuatan, pengeluaran, pengedaran dan pengedaran haram dadah terlarang.

"Kita akan meneruskan usaha mengembangkan lagi kerjasama dua hala terutama dengan negara jiran terdekat,dan mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif serantau dan global," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Sukan 15 jam yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu

Semasa 3 jam yang lalu

Seludup Diesel Di Sempadan: Malaysia Rugi RM1.2 Juta Sehari

oleh Rafisqi Radhi