Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga Lantai Belian Padi Bantu Petani Di Kedah

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 1:07PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,300 daripada RM1,200 per tan metrik yang diumumkan kerajaan Persekutuan sebelum ini memberikan kelegaan buat petani di Kedah kerana ia membantu meningkatkan pendapatan golongan itu.

Seorang petani di negeri jelapang padi itu Mohd Farid Ahmad,35, berkata walaupun hasil tuaian padi sedikit berkurangan musim ini, kenaikan harga lantai tersebut telah mengurangkan kerugian dihadapinya.

"Bila harga padi dah naik, dapatlah menampung sedikit...kilang pun ambil harga tinggi sekarang jadi pendapatan tidak terjejas sangat. Kalau harga padi masih rendah, pendapatan kami pasti terjejas tetapi mujurlah (harga lantai belian) dah naik sekarang," katanya kepada Bernama di sini. 

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah) Abdul Rashid Yob pula berkata kenaikan harga lantai belian padi sangat munasabah memandangkan kos operasi sawah di pelbagai peringkat pada masa ini semakin meningkat.

"Kita bersyukur ada kenaikan kerana hasil dinikmati petani semakin merosot sejak empat musim (dua tahun lepas). (Kos) racun juga telah meningkat berkali ganda sehingga mencecah 150 peratus.

"Sekarang ni petani lega sikitlah sebab pengilang sendiri berebut-rebut membeli padi dengan harga sehingga RM1,750 per tan metrik kerana permintaan padi meningkat, harga itu (RM1,750) tambahan daripada pengilang sendiri," katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 Okt tahun lepas,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar lbrahim mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi berkenaan bagi membantu pendapatan pesawah. 

Anwar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang diturunkan kepada tahap minimum RM1,200 per metrik tan metrik sejak 2014.

Sementara itu, Ketua Peladang Muda Pertubuhan Peladang Kawasan E1V Bukit Besar Aswadil Khairi Che Omar, berkata petani sangat menghargai keprihatinan kerajaan menaikkan harga lantai belian padi sekali gus menyuntik semangat mereka untuk terus bertani.

"Kami sudah bersyukur sebenarnya kerana insentif Skim Subsidi Harga Padi pun telah dinaikkan daripada RM360 kepada RM500 sejak Ogos 2023, jika dicampurkan dah menjadi RM1,800 per tan metrik padi," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Semasa 6 jam yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

oleh Wartawan The Vibes