web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Thailand Cuba Seludup 14,000 Pil Dadah Secara ‘Hand Carry’ Ditahan Di Terminal Feri Langkawi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 12:30PM

Sebahagian daripada pil yang cuba diseludup. - gambar JKDM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Seorang lelaki warganegara Thailand ditahan ketika cuba menyeludup masuk sebanyak 14,000 pil methamphetamine seberat 1,330 gram di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi dekat sini, minggu lalu.

Pengarah Kastam Negeri, Nor Izah Abd. Latiff, berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang, Rabu lalu oleh sepasukan pegawai kastam dari Cawangan Penguatkuasaan Narkotik Langkawi setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan awal dijalankan terhadapnya menemukan satu bungkusan berwarna biru yang dibalut rapi mengandungi 11,600 pil methamphetamine seberat 1,102 gram.

"Lelaki itu kemudiannya dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Langkawi untuk siasatan. Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemukan 2,400 pil 'Yaba' seberat 228 gram dalam beg pinggang berwarna hitam yang dipakainya.

"Secara keseluruhannya, sebanyak 14,000 pil methamphetamine seberat 1,330 gram ditemukan dengan nilainya dianggarkan RM210,000," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Nor Izah berkata, tindakan dilakukan pihaknya berjaya membanteras dadah-dadah tersebut daripada diedarkan kepada kira-kira 14,000 penagih.

"Lelaki itu dipercayai cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan melalui kawasan pemeriksaan kastam tanpa bagasi dan hanya membawa bungkusan barangan untuk kegunaan sendiri secara 'hand carry' dengan harapan tidak diperiksa kastam.

"Ujian urin dijalankan terhadapnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine. Suspek telah direman selama seminggu hingga esok untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan tidak kurang 15 sebatan.

"Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan sentiasa memantau ketat pintu sempadan negara terhadap mana-mana pihak yang cuba menyeludup barang larangan.

"JKDM juga menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan penyeludupan dengan menyalurkan maklumat menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat.

“Kami memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya. – Getaran, 12 Mac 2024.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar