web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Laksana Operasi Ramadan, Pastikan Keselamatan Makanan Terjamin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 12:07PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan Operasi Ramadan 2024 serentak di seluruh negara di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan, dalam memastikan keselamatan makanan yang dijual sentiasa terjamin.

KKM dalam kenyataan di sini, hari ini, memaklumkan aktiviti operasi itu melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan, bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual itu selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT). 

"Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan di sepanjang rantaian makanan meliputi peringkat sumber bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh PBT telah bermula sebelum Ramadan lagi.

"Ini diteruskan lagi dengan aktiviti pemeriksaan di premis tumpuan seperti hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah dan juga premis penyediaan ais," menurut kenyataan KKM itu.

Kenyataan KKM itu memaklumkan kerjasama dengan PBT juga dikukuhkan lagi dengan penganjuran taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar Ramadan, memastikan pengendali mendapat suntikan pelalian anti tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan.

Menurut KKM, kerjasama dengan PBT juga dikukuhkan lagi, dengan penganjuran taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar Ramadan, memastikan pengendali mendapat suntikan pelalian anti-tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan. 

"Kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, penyediaan makanan, pembekal makanan turut giat dijalankan melalui bahan pendidikan kesihatan, media massa, media elektronik dan media sosial.

"Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli 'Perhati dan Pilih' serta amalkan 'Lihat Hidu Rasa' kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan," menurut kenyataan itu.

Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah, Jabatan Kesihatan negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta facebook Program Keselamatan dan Kualiti  Makanan  (PKKM)www.facebook.com/bkkmhq. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad