web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Tarik Lebih Banyak Perniagaan Jerman Untuk Melabur Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 8:06AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya Canselor Olaf Scholz di Canselori Persekutuan, Berlin. - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan lebih banyak perniagaan Jerman untuk memanfaatkan lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan infrastrukturnya yang dibangunkan,sebagai destinasi pelaburan pilihan.

"Dalam Kesatuan Eropah (EU), sudah tentu, Jerman adalah rakan dagang terbesar kami dan anda telah melabur jumlah yang cukup besar iaitu hampir US$15 bilion (RM70.24 bilion)," katanya dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya Canselor Olaf Scholz di Canselori Persekutuan, Berlin. 

Beliau memberikan contoh Infineon Technologies AG dan banyak syarikat terkemuka lain di Jerman yang telah memilih Malaysia sebagai hab penting, pusat kecemerlangan dan pusat latihan.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia berharap kepada kerjasama yang lebih luas, bukan sahaja dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan, malah untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam semua bidang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia berminat untuk memberi fokus terhadap latihan pelajar.

"Kami mempunyai kira-kira 1,000 pelajar di seluruh Jerman untuk menjalani latihan di syarikat Jerman sebagai pendedahan awal kepada mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata, Putrajaya turut menyambut baik minat Berlin dari segi pelaburan baharu dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi hijau. 

"TBB telah menjadi tumpuan kami pada masa ini dan kami bertuah kerana mempunyai kekuatan dalam tenaga solar, tenaga hijau dan kukuh dari segi kapasiti kami untuk mengeksport TBB," katanya.

Menurut Anwar, Malaysia mengeksport TBB ke Nusantara, iaitu ibu negara baharu Indonesia serta menerusi kabel di bawah laut ke Singapura.

"Oleh itu, terdapat potensi besar yang anda dapat lihat melalui pertumbuhan pesat pusat data dan Al (kecerdasan buatan) ke rantau ini, terutama di Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia optimis untuk mencapai pertumbuhan ekonomi antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024, berdasarkan asas kukuh iaitu kerangka ekonomi MADANI dan pembaharuan yang digariskan menerusi Belanjawan 2024 Malaysia.

Beliau turut menekankan bahawa kerangka ekonomi MADANI akan memanfaatkan kekuatan semula jadi Malaysia dalam meningkatkan daya saing negara, dengan mengutamakan kepada langkah kemampanan fiskal, amalan tadbir urus yang baik dan penyampaian perkhidmatan yang cekap.

Terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia yang mewujudkan sejumlah 65,000 pekerjaan.

Jerman adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan anggota EU sejak tahun 2000 manakala Malaysia menjadi rakan perdagangan terbesar bagi Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN. 

Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (USD13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (USD13.62bilion) pada 2022. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad