web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Subsidi Ubat Di Fasiliti KKM Dikekalkan, Bantu Kurangkan Beban Pesakit - Lukanisman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 3:25PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Subsidi ubat-ubatan kepada pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) masih dikekalkan supaya rakyat tidak terbeban dengan sebarang peningkatan kos ubat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata bagi mengurangkan beban pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti swasta pula, KKM menyediakan harga panduan pengguna untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat harga ubat-ubatan menerusi www.pharmacy.gov.my bagi membuat perbandingan harga. 

"KKM telah meneliti inisiatif ketelusan harga ubat iaitu fasiliti kesihatan swasta yang dikenal pasti perlu memaparkan harga ubat seperti diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 3 Oktober 2023.

"Langkah ini dapat meningkatkan akses rakyat kepada bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya serta membolehkan rakyat mengetahui harga ubat yang perlu dibayar seterusnya membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai tindak balas KKM berhubung ramalan peningkatan harga ubat-ubatan serta produk farmaseutikal kira-kira lima hingga 10 peratus yang akan memberi tekanan kewangan kepada pesakit dan waris khususnya penghidap penyakit kronik.

Lukanisman memaklumkan harga ubat di pasaran dipengaruhi oleh pelbagai sektor ekonomi seperti kadar pertukaran mata wang asing, kos penyelidikan dan pembangunan serta masalah pengilangan yang di luar kawalan KKM. 

Namun, katanya, bagi membantu kerajaan mengurangkan kos perolehan ubat, KKM telah melaksanakan beberapa langkah antaranya kaedah perolehan ubat dengan kontrak tiga tahun yang dilihat memberi faedah dan manfaat besar kepada kerajaan.

"Langkah ini mampu menjimatkan kos kerajaan untuk mendapat harga tawaran yang lebih stabil selain dapat memastikan tidak berlaku kenaikan harga dalam tempoh tiga tahun.

"Selain itu, KKM akan mengelakkan kos berulang bagi tujuan perolehan seperti kos pengiklanan tender, pemantauan kontrak lebih efektif dan mengelakkan terputusnya bekalan perkhidmatan sekiranya berlaku proses tender baharu," katanya.

Berkenaan perancangan KKM untuk menstabilkan atau mengurangkan harga ubat bagi rawatan seperti depresi, leukemia dan kanser, Lukanisman berkata, ubat-ubatan ini masih lagi diedarkan secara percuma kepada pesakit KKM walaupun harga ubat dikawal pembekal atau produser ubat berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad